Apa itu Blogwalking? haha. itulah aktiviti aku sejak-sejak mewujudkan blog beberapa bulan yang lalu. Orang baru rupanya. hehe. hi semua! hehe. Banyak rupanya istilah yang aku baru belajar akhir-akhir ni. Best gak membaca bebelan para blogger yang lain ni. Macam-macam aku dapat selain belajar untuk meningkatkan penulisan, idea, apa yang boleh tulis and yang tidak. Sebab cara kita menulis ni melambangkan keperibadian kita. Kalau baik, baiklah. Kalau buruk malu diri sendiri la kan? So, nak menulis ni kene la hati-hati.
Okeh!. Blogwalking ialah satu aktiviti yang dilakukan oleh para blogger dengan melawat ke blog-blog lain dengan meninggalkan "jejak" di blog tersebut sama ada melalui "shoutmix" or "shoutbox" or apa-apa sahaja. Yang pasti tuan punya blog akan tau link nya. Biasanya ini adalah untuk mendapat kunjungan balik dari pelawat-pelawatnya. Biasalah untuk meningkatkan traffic blog selain meramaikan "follower". Selain tu boleh la dikatakan juga sebagai "berjalan-jalan". Ia juga merupakan salah satu cara untuk bertukar-tukar pendapat dan juga menambah kawan. Bukan hanya sibuk di "kandang" sendiri.
Bagi sesetengah orang "follower" tidak begitu penting baginya. Ini kerana "follower" hanyalah sekadar " aku follow ko, ko follow aku" tanpa mengambil tahu langsung apa yang berlaku or update post dalam blog yang di follownye tadi. So ianya boleh la dikatakan bukan betul-betul pengikut. Tapi bagi sesetengah yang lain follower" amatlah penting. Sebab bila kita tengok yang ramai follower, lagi-lagi yang ribu riban, mestilah die tu glemer kn? Honestly, aku suke follow memfollow ni.. dapat ramai kawan. jugak dapat banyak citer. hehe. Tapi tak kesah la apa pun. Kalau korang follow aku, amatla dialu-alukan. Biasalah baru nak "bina tiang" tak ramai la follower. hihi.
So, korang pilih la, nak ramai follower ke nak ramai pengunjung? ^__^
0 comments:
Post a Comment