6 Cara Menghilangkan Trauma Masa lalu (Cinta)

Wednesday, December 29, 2010


Mungkin anda pernah mengalami patah hati contohnya kegagalan dalam bercinta, putus semasa bercinta sehingga mengaggap semua lelaki atau perempuan sama saja. Semua tak boleh dipercayai dan tidak ada yang baik sama sekali di antara mereka. Mungkin juga seseorang tu pernah berkahwin tapi dikecewakan oleh pasangan. Atau pernah melihat ayah dikhianati oleh ibunya sendiri atau sebaliknya. Di bawah ada enam cara untuk kita menghilangkan perasaan trauma tersebut. Ayuh teruskan membaca!

1. Berdamai dengan diri sendiri 

Hidup ibarat roller-coaster. Suka dan duka silih berganti. Tidak perlu menyangkal kekecewaan, kesedihan dan kemarahan yang anda rasakan. Semakin anda mengingkarinya, semakin anda tidak tenang. Jujurlah pada diri sendiri, maka tanpa disedari anda telah mempunyai niat memperbaiki keadaan. Jika ingin menangis, menangislah. Menangis bukan beerti lemah atau kalah.

2. Introspeksi Rasional

Melakukan kesalahan atau kebodohan mungkin tidak boleh dihindari. Namun yang lebih penting adalah tidak mengulangi kesalahan itu dikemudian hari. Carilah akar permasalahan daripada masalah yang dihadapi supaya tidak menimbulkan trauma dan tidak terperosok ke lubang yang sama. Cubalah untuk rasional dan objektif dalam menilai sesuatu. Jangan berlebihan berhujah dengan orang lain dan jangan menyalahkan diri sendiri.

3. Cintai Diri Sendiri

Siapa lagi yang akan menyintai diri anda jika bukan anda sendiri? Adakah anda rela hidup yang penuh warna harus berubah suram hanya kerana sakit hati atau patah hati? Penderitaan hanya akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam dan tubuh menjadi lemah. Rasa sedih yang berlarutan hanya membuatkan anda hilang semangat. Anda tentu tidak mahu dikasihani kan? Tegaskan pada siri sendiri bahawa diri anda sangat berharga dan hidup terlalu indah untuk dinikmati dengan penyesalan yang tidak berpenghujung.

4. Berhenti Mengingat-ngingat!

Tanyakan pada diri, "apa untungnya terus mengingati kejadian buruk yang menimbulkan trauma?" masa lalu sebaik-baiknya hanya boleh dijadikan pengalaman berharga dan dijadikan pembelajaran untuk lebih baik pada masa berikutnya dan tidak perlu dingat-ingat. Kenangan "indah" itu muncul sesekali saat anda berada di tempat tempat yang pernah dikunjungi bersamanya, itu wajar. Tetapi, jika anda sengaja "memutar filem" itu berulang-ulang, tidak ada gunanya. Bukankah kegagalan adalah kejayaan yang tertunda? Petik hikmahnya, buang jauh-jauh cerita buruknya.

5. Work Hard, Party Harder

Daripada diisi dengan memori yang menyakitkan, lebih baik alihkan pada pekerjaan. Being workaholic untuk sementara takpe kan? sangat rugi jika emosi berlebihan yang anda rasakan hanya dilempiaskan dengan hal-hal yang merugikan diri sendiri. Lebih lebih lagi jika orang lain terkena getahnya. Curahkan fikiran, waktu dan tenaga untuk menyelesaikan tugas. Siapa tahu banyak idea yang berlegar di otak boleh digunakan gara-gara sakit hati. Isi waktu terluang dengan hiburan untuk memanjakan diri. Tingkatkan penampilan untuk rasa lebih yakin dan bahagia. Rawatan wajah, creambath, lulur atau massage bagi wanita dan bagi lelaki boleh potong rambut, mencukur kumis atau refleksi. Jalan-jalan ke tempat yang disukai keluar bersama keluarga dan kawan-kawan tersayang mengusir kegundahan hati. Enjoy the trip and be happy bebeh!

6. Take it or Leave it!

Saat untuk memilih. Anda mahu terus dihantui kenangan buruk atau meneruskan kehidupan dengan opotimisme baru?. kebahagiaan anda ada pada diri anda. Mahu bahagia atau tidak, andalah yang menentukannya. Ingin kembali memperjuangkan cinta anda, dengan alasan tertentu dan orang yang anda kejar berharga untuk diperjuangkan. Jika tidak ini masanya untuk memaafkan dan melupakan apa yang terjadi. jangan biarkan anda terjebak dalam dilema. Enggan melepas, tetapi juga tidak berani untuk mendapatkannya kembali. Life must go on friend!

Jika sudah berusaha keras melupakan tetapi kenangan itu masih tidak mahu hilang, cubalah pasrah kepada Allah S.W.T. Kata orang, Jodoh tidak lari ke mana.

Rujukan: Puasa Cinta

2 comments:

maya on January 11, 2011 at 4:16 PM said...

thanks for tips ^_^ semangatt !

Anonymous said...

betapa sakitnya patah hati ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!