Hadith Berkaitan Orang Yang Meninggalkan Solat

Thursday, December 2, 2010


"Suatu hari, Sayyidah Fatimah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., 'Ya abatah, apakah yang diperolehi oleh orang yang meremehkan solatnya, mengambil mudah solatnya, baik lelaki mahupun perempuan?' Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Wahai Fatimah! sesiapa yang meremehkan solatnya, mengambil mudah solatnya, baik lelaki mahupun perempuan, Allah akan menyiksanya dengan lima belas perkara. Enam perkara di dunia, tiga perkara ketika mati, tiga lagi semasa berada dalam kuburnya dan tiga perkara pada hari kiamat ketika dia keluar dari kuburnya'. 

Enam siksaan yang diberikan di dunia meliputi:
  1. Allah akan menghilangkan berkat dari usianya.
  2. Allah akan menghapuskan berkat dari rezekinya.
  3. Wibawa orang soleh akan dihilangkan dari wajahnya.
  4. Amalan yang dilakukannya tidak akan memperoleh pahala.
  5. Doanya tidak akan sampai ke langit.
  6. Dia tidak akan memperoleh bahagian dalam doa orang soleh.
Tiga perkara yang kan menimpa orang yang meninggalkan solat ketika dia telah mati adalah:
  1. Dia akan mati dalam keadaan sangat hina.
  2. Dia akan mati dalam keadaan lapar.
  3. Dia akan mati dalam keadaan dahaga.
Tiga siksaan yang akan menimpanya ketika di alam kubur ialah: 
  1. Allah akan menempatkan malaikat yang tugasnya hanya mengganggu dia, sehingga dia takut dan badannya menggigil di alam kubur.
  2. Kuburnya akan disempitkan oleh Allah.
  3. Allah akan menjadikan kuburnya gelap.
Tiga perkara yang akan menyiksanya pada hari kiamat ialah:
  1. Wajahnya akan diseret oleh para malaikat dan semua makhluk akan melihatnya.
  2. Dia akan dihisab dengan hisab yang berat.
  3. Allah tidak akan memerhatikannya pada hari kiamat.
Betapa beratnya enam siksaan yang akan diterima orang yang sengaja meninggalkan, meremehkan atau menganggap solat sebagai kewajipan tidak penting. Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal! 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!