Entry Terlaris di Pasaran

Tuesday, January 31, 2012

Salam.

Hari ni rasanya agak agak dah 1 tahun 2 bulan umur blog ni. Tak sangka rupanya belog ni masih bernyawa. Alhamdulillah. Maknanya dah banyak jugak la entri yang aku dah karutkan. Best jugak mengarut ni rupanya. Dan disebabkan karutan ini jugalah aku dapat lebih 600 kawan di blogspot ni. Thanks sebab sudi jadi my follower. 

Tadi aku godek godek la statistic belog ni. Tengok entri mana paling laku sepanjang setahun lebih blog ni beroperasi. 

 statistic 


Kata kunci berkenaan Pompei memang tak pernah hilang dari ejen carian. Aku sebenarnya bukan menulis secara detail berkenaan Pompei tersebut. Tetapi hanya merumus sebab dan kesan dari peristiwa yang telah berlaku. Kisah ni pun aku dapat dari adik aku yang sekarang ada kat Matrik Penang. So, aku cedok la dari cerita yang diberitahu dan buat satu entri pengajaran kat blog ni. Mungkin para pembaca hanya ingin mengetahui sejarah sebenar di sebalik Peristiwa Pompei tersebut. 

Entri Naib Juara: Sijil SPM Hilang!

Entri ni tercetus dari kisah benar yang memang aku alami sendiri. Aku memang kehilangan Sijil Asal SPM yang aku sayangi. Dan sejak dari itu, aku mengalami masalah bila nak apply sesuatu termasuklah kerja dan sambung belajar. Tapi ianya berakhir bila aku mendapat kembali salinan Sijil SPM tersebut apabila aku ke Putrajaya dalam keadaan yang sangat desperate. Masa tu aku nak sambung belajar. Alhamdulillah. Usaha itu membuahkan hasil dan sekarang aku berjaya mendapatkan kerja yang aku inginkan. 

Entri ni menjadi salah satu entri yang laris di sini berkebarangkalian tinggi ramai di antara rakyat Malaysia yang senasib seperti aku; kehilangan sijil SPM. Careless sungguh rupanya rakyat Malaysia ni.  

Entri di tempat ke Tiga: Akhirnya Penantian Itu Terjawab  

Aku pun tak tahu kenapa entri ni menjadi antara entri yang popular di blog ni. Mungkin ramai yang tertarik pada gambar yang dah aku tempek kat entri tersebut. 

Okeh. Yang lain korang tengok dan kaji la sendiri ya. Mau bersenang senang sebentar. Heh. 

Papai!

Dunia Baru

Monday, January 30, 2012

Sekarang aku dah ada dunia baru. Dunia yang aku nanti nanti kan sebelum ni. Sangkaan aku "mesti gembira" tapi entah mana kegembiraan tu pun aku masih tercari cari. Takpe. Semuanya masih baru. Namapun "Dunia Baru" kan. Cuma sekarang aku kena sesuaikan diri dengan tempat ni.  

Bila ada kelas PJ, aku pakai baju IPG. Masa ni semua flash back tu timbul satu persatu. Aku ingat lagi. Pada awal tahun 2011. Kami semua diwajibkan membeli t-shirt IPG. Banyak pulak tu. Aku antara salah seorang yang tak puas hati sebab kena beli semua baju baju tu. Masa tu aku fikir IPG ni sengaja nak habiskan duit aku. Tapi sekarang baru aku tau. Sebab aku memang tak banyak t-shirt yang sesuai untuk ke sekolah. So, baju baju tu semua la yang aku guna balik sekarang. Dan aku akan terus pakai semua baju baju tu lagi. 

Tahun lepas aku antara orang yang tak sabar sabar nak kerja. Aku nak tinggalkan semuanya. Dunia belajar. Dunia exam. Dunia assignment. Aku nak kerja!. 

Akhirnya, setelah sebulan bercuti, cita cita dan impian tu tercapai. Tapi tak sampai sebulan kerja, aku dah mula rindu pada semua tu. Aku rindu untuk berada di maktab. Lalui semua tu lagi. Masuk kelas. Dengar lecturer membebel. Kena lari 4 x 400 tiap tiap hari. Pagi pagi buta buat assignment. Lari sana. Lari sini. Memang betul kata orang. Zaman belajar ialah zaman yang paling seronok. Dan InsyaAllah. Aku akan sambung belajar lagi. Sebab aku rindukan keseronokan itu. 

Berpanas berhujan

Tapi aku tau. Keseronokan tu takkan sama dengan yang sebelum ni.

Ketuk Hati Aku Bukan Untuk Dijual

Tuesday, January 24, 2012

Morning semua!!!

Segar sungguh rasanya pagi ni. Lagi lagi bila duduk kat kampung. 

Tapi kan. tapi kan. tapi kan! Aku sungguh tak puas hati. Pasal ketuk hati aku ni. Tak tau apa tu ketuk hati? Sila scroll bawah. Maka anda akan nampak pada sidebar tu. "Ketuk Hati". So, dah tau apa tu ketuk hati? Bagus. 

Dulu aku pakai ketuk hati lain. "Shoutmix". Aku suka sebab dia boleh "lock". So, sebarang message atau anasir anasir murahan tak boleh masuk terutama sekali spam. Tapi disebabkan "shoutmix" dah takde free, so terpasa la aku tukar yang baru ni. Walaupun aku tak berapa suka tapi untuk kemudahan kawan kawan untuk blogwalking, aku letak. 

Tapi sekarang apa dah jadi pada ketuk hati aku?? Tengok ni!

Semuanya dipenuhi dengan iklan iklan murahan. 

Buat peniaga peniaga sekalian.Sejujurnya aku tak menyukai sebarang pengiklanan di ketuk hati aku. So, udah udahla menyemakkan ketuk hati aku ni. Cari la tempat lain kalo nak iklankan bisnes kamu tu. Lagi lagi yang ubat kuat tu. Najis tahu! 

Kaco mood pagi betul!

Resah Hati

Wednesday, January 18, 2012

Assalamualaikum

Takku mampu untuk menukar header menjadi seperti tajuk entri ini. 

Hari ni masuk hari ke 3 aku menjejakkan kaki ke sekolah baru. Tapi entri ni adalah entri imbas kembali peristiwa peristiwa yang berlaku sepanjang detik detik sebelum aku ke tempat kaki perpijak saat ini. 

Isnin (16.01.12)

Seawal 4.30 pagi aku bangun dari tidur, bersiap siap dan bertolak ke PTBN, Pahang yang terletak di Jalan Berserah. Berhenti solat Subuh di Masjid Padang Kubu. Melalui Jalan Jerangau Jabor sangat menyakitkan hati. Sabor je lah. Musim hujan, lori banyak. Boleh dikatakan hampir 80% jalan rosak. Dan perjalanan yang sepatutnya memakan masa hanya 1 jam setengah menjadi hampir 2 jam lebih. 

Sesampainya aku di lokasi yang dituju, aku terus mendaftar dan duduk di tempat yang telah disediakan. Taklimat bermula pada pukul 8.30. Waktu yang ditunggu tunggu dan dan sangat mendebarkan tiba pada pukul 10.30 pg. Nak amik surat penempatan je pun. Dah macam nak amik scroll. Naik pentas, salam bagai. Aku memang dah tak tentu hala time ni. Dan aku memang dah tak sedap hati. 

Dan akhirnya. Kata hati ku tak pernah menipu. Memang aku telah ditempatkan ke kawasan yang memang tak pernah ku duga. Separuh hari aku tahan air mata dari jatuh. Tapi akhirnya setelah melalui perjalanan selama 2 jam setengah aku tiba di sekolah dan di saat aku diberitahu " rumah kat sini memang susah nak dapat" air mataku mencurah curah jatuh. Cepat cepat aku berlalu ke kereta. Biar mak dan ayah tak nampak. Konon konon kuat la. Tapi setelah hampir sejam kakitangan sekolah tolong mencari rumah akhirnya aku dapat sebuah rumah di kawasan taman. Rumah boleh tahan dan aku jugak dapat sorang kawan yang sama sama posting pada hari yang sama. Rumah kosong. Tapi takpe la asal ada tempat nak tido. Confirm tiap tiap minggu aku balik kampung. 

Selasa (17.01.12)

Hari ni tak banyak yang aku buat. Yang banyak hanyalah berurusan dengan guru besar dan kerani sekolah. Pastu aku mintak balik awal untuk setelkan medical check up. Ini lagi satu hal. Sebesar besar Hospital Temerloh tu takde buat medical. Hangin satu badan. Dah la 1 jam aku drive. Pastu aku gerak ke Klinik Kesihatan pulak. Jugak tak buat medical. Memang aku cekal sungguh hari ni. Sampai la aku ke Klinik Kesihatan Raub. Akhirnya berjaya jugak aku setelkan benda tu. Kul 6.30 baru sampai rumah. Letih kemain. 

Rabu (18.01.12)

Kelas pertama yang aku masuk hari ni dah membuatkan aku sakit tekak. Memang kena sediakan berbotol botol air la pasni. Budak tak ramai. Tapi aktifnya dah macam ada 40 orang manusia kat dalam. Disebabkan sekolah ni takde guru option BI,  aku dah diberi tugas untuk mengambil alih kelas Tahun 3, 4, 5 dan 6. Dan ura ura akan diberi tugas untuk memeganag jawatan ketua panitia Bahasa Inggeris. Naya la pasni. Harap harap ianya akan menjadi ura ura semata. 


Ok lah. Dah letih. Mau rehat. Papai!

Akhirnya Penantian Itu Terjawab

Wednesday, January 11, 2012

Alhamdulillah.

Selama sebulan kami ternanti nanti jawapannya. Banyak betul khabar khabar angin. Tapi aku malas mau pusing pusing. Baik aku dengar kata hati je. 

"InsyaAllah. Ada tu". 

Buat apa fikir sampai dah nak tensen.  Kan. Kan.

So, akhirnya segala penantian dan persoalan itu terjawab pada pukul 11.50 09.01.2011. 

Walaupun tak dapat negeri yang aku mintak. Tapi at least berjiran.

Semoga ini adalah permulaan yang baik untuk aku mencapai cita citaku. 

InsyaAllah. Amin.

Selamat Tahun Baru, 2012

Saturday, January 7, 2012

Assalamualaikum

Buat pertama kalinya dalam tahun ini aku menulis. Bukan lupa. Bukan juga bosan. Tapi kerana pelbagai peristiwa dan kekangan yang berlaku pada awal tahun 2012 ni. Tapi kesimpulannya sedikit sebanyak mengajar aku erti perjalanan hidup ini. Aku bakal memasuki umur 26 tahun. Rasanya seperti baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan, universiti dan pekerjaan. Semuanya masih segar dalam ingatan. Dan sekarang aku masih mencari hala tuju dan membina hidup ke arah kesempurnaan. Memang. Mana ada benda yang sempurna. Tapi mencari kesempurnaan itu perlu. Kan? 

Hmm. Bercerita mengenai peristiwa peristiwa yang berlaku pada timeline hidupku di akhir akhir ini. Ayah jatuh sakit. Pada akhir 2011 dan sehingga memasuki 2012. Keadaan yang tak dapat aku bayangkan dan perasaan yang tak dapat aku tulis satu persatu di sini. Yang aku dapat katakan aku tak sekuat ibuku yang masih dapat ketawa dan tersenyum di kala kesedihan itu. Bukan kerana tak merasakan keperitan itu tapi air mata yang dapat ditelan. Tapi bukan aku. Keadaan nenek yang menambah kepiluan hati di saat saat kesedihan itu sangat menguji kekuatan hatiku. 

Alhamdulillah. Kini ayah sudah semakin pulih walaupun tak sesihat seperti sebelumya. 

Sekarang aku masih menunggu sesuatu yang juga dinantikan oleh sebahagian bakal bakal guru lain. Semoga penantian itu tak sia sia. Agak banyak tekanan yang dirasakan kini. Semoga kesabaran ini masih mampu menahan segalanya. Semoga segalanya akan pulih dan semakin bertambah baik dari sebelumnya. Amin. 


Masih tak terlambat untuk aku ucapkan


Semoga tahun ini akan memberikan yang lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya. Amin. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!