Assalamualaikum
Buat pertama kalinya dalam tahun ini aku menulis. Bukan lupa. Bukan juga bosan. Tapi kerana pelbagai peristiwa dan kekangan yang berlaku pada awal tahun 2012 ni. Tapi kesimpulannya sedikit sebanyak mengajar aku erti perjalanan hidup ini. Aku bakal memasuki umur 26 tahun. Rasanya seperti baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan, universiti dan pekerjaan. Semuanya masih segar dalam ingatan. Dan sekarang aku masih mencari hala tuju dan membina hidup ke arah kesempurnaan. Memang. Mana ada benda yang sempurna. Tapi mencari kesempurnaan itu perlu. Kan?
Hmm. Bercerita mengenai peristiwa peristiwa yang berlaku pada timeline hidupku di akhir akhir ini. Ayah jatuh sakit. Pada akhir 2011 dan sehingga memasuki 2012. Keadaan yang tak dapat aku bayangkan dan perasaan yang tak dapat aku tulis satu persatu di sini. Yang aku dapat katakan aku tak sekuat ibuku yang masih dapat ketawa dan tersenyum di kala kesedihan itu. Bukan kerana tak merasakan keperitan itu tapi air mata yang dapat ditelan. Tapi bukan aku. Keadaan nenek yang menambah kepiluan hati di saat saat kesedihan itu sangat menguji kekuatan hatiku.
Alhamdulillah. Kini ayah sudah semakin pulih walaupun tak sesihat seperti sebelumya.
Sekarang aku masih menunggu sesuatu yang juga dinantikan oleh sebahagian bakal bakal guru lain. Semoga penantian itu tak sia sia. Agak banyak tekanan yang dirasakan kini. Semoga kesabaran ini masih mampu menahan segalanya. Semoga segalanya akan pulih dan semakin bertambah baik dari sebelumnya. Amin.
Masih tak terlambat untuk aku ucapkan
Semoga tahun ini akan memberikan yang lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya. Amin.
Masih tak terlambat untuk aku ucapkan
Semoga tahun ini akan memberikan yang lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya. Amin.
3 comments:
selamat tahun baru. :)
semoga ayah kamu cepat sembuh..
Thanks!
Post a Comment