Jangan hanya Berlapar

Saturday, July 30, 2011

Lagi berapa hari dah nak puasa. Dah bersedia ke belum? Sebelum tu jom kita rewind balik apa yang sepatut patutnya dilaksanakan dan menepati sunnah di bulan Ramadhan ni.

1. Menepati Niat

Wajib berniat puasa sebelum terbit fajar. Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa pada malam hari sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya." (Riwayat Imam al-Dar Qutni dan al-baihaqi)

2. Melewatkan Bersahur

Nabi Muhammad s.a.w. yang melewatkan sahur iaitu sebaik-baiknya sebelum  subuh (fajar). Ibn Khathir meriwayatkan bahawa kebanyakan ulama salaf bertoleransi dalam bab bersahur sehingga hampir fajar, begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang. Sunnah baginya menyelesaikan dan bukan meludahkan air. 

Hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan sementara piring sudah di tangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" (Riwayat al-Hakim).

3. Meninggalkan Menipu, Percakapan Kotor dan Karut

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah s.w.t. berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" (Riwayat al-Bukhari).
Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Bukanlah dari itu, dari makan dan minum, namun puasa adalah dengan menahan diri daripada bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa" (Riwayat Ibn Khuzaimah, hadith Sahih).

4. Tidak Berlebihan dalam Berkumur
Rasulullah s.a.w. berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Melampau-lampau semasa memasukkan air ke dalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" (Riwayat Abu Daud, hadith sahih).


5. Tidak Bercumbu dengan Isteri Jika Tidak Dapat Menahan Diri


Aishah r.ha. meriwayatkan Rasulullah s.a.w. pernah mencium dia dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia sedang berpuasa, akan tetapi Baginda seorang yang kuat menahan syahwatnya daripada kamu sekalian (Muttafaq 'alaih).


Baginda tidak menyukai dilakukan atas orang muda kecuali orang tua. Sabda baginda yang bermaksud: " Sesungguhnya orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" (Riwayat Ahmad, hadith sahih). 


6. Menyegerakan Berbuka Puasa


Menyegerakan berbuka puasa merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. tetapi larangan kaum Yahudi dan Nasrani. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sentiasa manusia itu berada dalam kebaikan selama dia mendahulukan berbuka puasa" (Mattafaq 'alaih).


7. Berpuasa dan Tidak Meninggalkan Solat


Sesiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meninggalkan satu rukun penting dalam Rukun Islam selepas tauhid. Puasa tersebut tidak bermanfaat selagi dia meninggalkan solat. Sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya.


8. Menghidupkan Malam dengan Solat Tarawih


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang mendirikan solat (tarawih) pada malam hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu" (Riwayat al-Bukhari). 


9. Membayar Zakat Fitrah


Zakat Fitrah merupakan amalan fardhu, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w. telah memfadhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia" (Muttafaq 'alaih).


Dan yang paling penting dan selalu ditinggalkan ialah Sahur. Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 




Layan ni sekali yep!


Selamat Berpuasa dan Selamat mengumpul Mata pada tahun ini!

Papai!

3 comments:

red gitarputeh on July 30, 2011 at 5:49 PM said...

Thax sharing info :)


Best Ke Tayang Muka Kat Facebook Bagi Lelaki Tengok.?[reply]

(jangan baca kalau kuat sentap)

ekabukanmakcikkau. on July 31, 2011 at 10:02 PM said...

yang tang carut maki maki karut tu aku usahakan untuk tinggal . ini semua berdasarkan kehenseman budi bahasa budak kelas aku ahh , semakin tinggi budi bahasa semakin kurang aku maki maki . perghhhh ayat cam bangang bhahahahhaa . yang anwar hadi tu dah tgk . tah pape ahh diaorg bhahahhahaa


PERKARA YANG KAU WAJIB KAU BUAT SEBELUM PUASA.KAU NAMPAK PUASA DISITU?INI BERMAKNA JIKA KAU TAK PUASA,DOSA KAU AKAN BERTAMBAH.FULAMAKKKKt

IeDa on August 1, 2011 at 11:04 AM said...

Rex: no probs!

EkaBukanMakcikKau: ha, xpe. sekurang2nya ko dh ada niat. buat xbuat lain kira. kahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!