Butir Nake

Tuesday, August 2, 2011

Semalam. 1st Day puasa. 

Ipah:   Kak Ida, jom wat butir nake".
Ida:   Butir nake? Camana?
Ipah:   Jom la. Buat buka puasa. Nanti aku ajar.
Ida:   Okey. 

Aku pun terus ke dapur, dan buat apa yang disuruh. 

Amik tepung beras, masukkan air kapur sikit, pastu masukkan air. Pastu uli buat doh. 

Dah siap, bahagika pada 2, atau 3 bahagian. Masukkan pewarna. Suka hati warna apa.

Didihkan air, bentukkan doh tadi macam butir nake. Then, masukkan ke dalam air yang dah mendidih tu. Tunggu sampai butir nake tu terapung. Amik semua yang dah masak tu, masukkan ke dalam air. (bagi sejuk).

Sementara tunggu butir nangka sejuk, masak kuahnya. 
Masak santan bersama gula melaka dan sedikit kanji. 

siap!

Sedia untuk dimakan! 

untuk lagi sedap, masukkan ais ke dalamnya. Ala ala abc la. Sedap sangattt!

Oke. siap baru aku tau ni rupanya butir nake yang dimaksudkan. Aku ingatkan butir nake real.

*butir naka bermaksud biji buah nangka dalam loghat Terengganu.

Try la! Sedap wat berbuka. Senang pulak tu. Heee.

2 comments:

Amie on August 2, 2011 at 1:28 PM said...

butir nake ye.... suka makan, tapi malas nak buat...

IeDa on August 2, 2011 at 7:30 PM said...

malas? senang je ni.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!