Pelita Raya Bunga Api

Friday, August 19, 2011

Malam ni, aku agak ber 'mood' melayan kerenah kanak-kanak rebina bermain bunga api.  Seronok tengok dorang sume seronok. Main mercun das sampai lenguh tangan duk pengang benda tuh. 

Bila duk syok tengok dorang seronok, aku teringat aku masa kecik-kecik dulu. Bila tiba musim raya, kami adik beradik, sepupu sepapat lah yang paling bergembira time tuh. Dengan bekalan bunga api yang menimbun, berkumpul di rumah arwah Tok Wan, malam malam raya akan dipenuhi cahaya cahaya bunga api, kampung yang sunyi, meriah dengan bunyi bunyi mercun. Main lawan lawan dengan kampung sebelah. Seronok time tuh. Gile punye seronok. 

Sekarang bila dah besar kami adik beradik mencari hiburan sendiri. Mujur lah, adik berdik aku ramai. Boleh la kitorang buat geng lawan ngan budak kampung yang tak sampai sekangkang anak kera dari ruma kitorang tu. Tapi confirmlah kitorang menang. Geng sebelah budak budak lagi. Mercun pun sume budak budak. Aku? main main bunga api besi tu je. Heh. Penakut. Tukang sorak serah kat aku. 

Tak sabar nak balik kampung. Jumpa famili. Main bunga api, buat persiapan raya. Abis kelas je nextweek, kul 12 tepat aku drift sampai Terengganu. (Hah! Tu dengar lagi orang bakar mercun). Takpe siapkan entri ni dulu. 

Paling aku tak gemar. Boleh pulak budak budak ni bakar mercun dekat masjid. Haih! Teringat aku satu malam tuh, boleh dikatakan semua orang yang sembahyang terawih time tu terperanjat. Aku pun rasa nak luruh jantung. Bak kata Kak Nani " agakye dah batal terawikh aku tadi duk maki budak budak tu main mercun". Dulu, masa aku kecik kecik ada gak kejadian macam ni. Pasje habis rakaat tu, terus tok imam mengamuk kat budak budak tu, halau balik. Padan muka. Dah la orang tua tua ramai, tiba tiba pengsan pulak camne?

Ok lah. Kalo nak cerita pasal Pelita dan bunga api ni satu malam lepas sahur kang pun tak habes. Tu tak masuk bab putus tangan, hancur jari lagi. Kalo tak. mau bejela aku punya entri ni. So, skang aku nak pegi menghilangkan dahaga jap. Haus! haus! 

Papai!


6 comments:

Lan Bingka on August 20, 2011 at 3:16 AM said...

dah tak solat tarawih tu jangan la buat bising kat masjid.. eei budak2 ni..

BuLat i2 CirCLE on August 20, 2011 at 5:51 AM said...

mcm2 hal . Kg mane or yg main ngecun kt sejid?molek piap lake sekapung .

khairul on August 20, 2011 at 10:38 AM said...

bes nya nk raya

IeDa on August 20, 2011 at 12:25 PM said...

@Lan Bingka:Tu la pasal.. nk kene ketuk sume bdk2 ni..

@BuLat i2 CirCLE: Ni kg air Molek. Mr ah tlg piap.. haha

@Khairul: Yes! seminggu lg nk balek.. xsabor xsabor! hehe

sifu im on August 20, 2011 at 10:30 PM said...

ko lak nenek ribena ke??haha

IeDa on August 21, 2011 at 11:02 AM said...

@sifu im: nenek? jd mak po belum tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!