Begitu lah kami. Sangat banyak perbezaan.
Aku anak sulung dan dia anak bongsu.
Aku mahir tentang apa yang dikatakan tanggungjawab sebagai kakak sulung terhadap 7 orang adik lelaki dan perempuan.
Dia mahir tentang anak bongsu yang mempunyai 7 orang kakak dan abang yang telah berkahwin yang mempunyai beberapa orang anak.
Walaupun selalunya sejak dari kecik banyak benda yang aku perlu buat sendiri sebab masih ada adik adik lain yang lebih perlukan perhatian mak tapi kadang kadang aku juga selalu mendapat apa yang diinginkan.
Entah. aku tak tau apa perasaan berabang dan berkakak sebab aku la abang dan akulah kakak. Dia tak tahu apa perasaan beradik sebab dia lah si bongsu. Katanya sejak kecil, mak memang selalu manjakan dia dan keadaan tu berlarutan hingga kini, dah besar, dah berkahwin pun. Sekarang, aku yang merasa janggal bila diperlakukan sedemikian rupa.
Hidup aku, tak terlalu mewah dan tak juga terlalu daif. Boleh dikatakan sederhana. Dan aku agak terlalu positif dengan semua orang. Dan oleh sebab itu aku dengan senang memberi pinjam keretaku kepada kawan yang baru dikenali tanpa rasa ada sedikit rasa was was.
Selama 3 bulan ni aku tinggal bersama keluarga dia. Seperti memasuki alam baru. Pelbagai ragam dan cerita ku ketahui. Pahit, manis, suka dan duka yang tak pernah aku terfikir wujud dalam dunia ku. Segalanya mengajar aku erti hidup dan tabah. Walaupun aku sebagai orang asing yang hanya baru sebulan memasuki dunia baru itu, tapi aku rasa seperti tidak janggal kerana layanan yang diberikan walaupun kadang kadang agak canggung apabila berdepan dengan famili besar dia yang sesekali bertandang menjenguk ibu dan bapanya. Ya, aku agak pemalu terutamanya bila berdepan dengan orang yang baru dikenali. Tapi bukan beerti aku seorang yang pemalu. Ketara perbezaannya bila bersama dengan orang yang sudah sebulan dikenali.
Banyak rahsia yang aku ketahui yang tak boleh diberitahu di sini. Kadang kadang macam tak tercapai dek akal. Tapi aku percaya bila berlaku di depan mata. Mereka meraung, mereka sakit walaupun pada bulan puasa. Sape kate hantu setan takde bulan pose? Heh.
can you see the love?
6 comments:
memang berbeza kan kalo sorang anak sulung dan sorang anak bongsu..
memang ketara..
wahh pengalaman baru..smoga dipermudahkan ya perjalanan hidupnya :)
boleh dikaitkan dengan lagu pening.. m daud kilau
hehe..
*ada baiknyer perbezaan antara 2 insan itu..
CIK PARO!: yup, betul tu.. tp 2-2 ttp ada t/jwb..
asnizaaziz: Amin.. tq! =)
C.M.A @ CikMoonAdnan: wah,xsgka ada lagu pulak enri ni.. hehe..
klu anak yg dok tgh2 mcm sy yg no 2 nie :)?
alamak, kene tanya adik sy la kalo mcm ni.. hehe
Post a Comment