Hilang Nyawa

Tuesday, August 23, 2011

Korang pernah hilang nyawa tak? Hilang akal kot tanya soalan camtuh. Ekeke. 

Bukan nyawa betul lah. Maksud aku hilang barang yang korang anggap macam nyawa. Tersangat sangat penting!

Aku pernah. Beberapa kali. Puas jugak la melalak. Tapi yang last hari tu aku senyum je. Siap boleh gelak lagi. Ntah. Maybe terasa sesuatu yang mungkin akan menyenangkan hati.

Mula mula aku nak cite kejadian yang membuatkan aku sampai melalak tuh. Hari tu. Dah lama dah. Lebih kurang 2 tahun yang lalu.Masih muda remaja. 

Kami tinggal berdua je malam tu. Hosmet yang lain sume balik kampung. Aku disebabkan melakukan penjimatan yang amat pada bulan tu, bertapa la aku di bumi Subang Bestari yang tak semenggah langsung tu. Petang tu kami membonceng motosikal ke kedai berdekatan untuk membeli sedikit barangan dapur. Dah settle semua kami balik and park motor kat tempat biasa. Aku tak cakap banyak malam tu. Terus masuk bilik, hantar sms sekeping dua, terus lena. 

Pagi esoknya, dalam kul 8.30 pagi aku tengok hp. Ada sekeping sms yang berbunyi " akak, saya balik kg pagi ni, kawan amik pergi KL Central". Pelik gak aku time tu. Takde angin takde ribut tetiba nak balik. Tapi no hal lah kan. Sorang pun sorang la. Apa kesah. 

Terdetik di fikiran aku nak tengok resit barang yang aku dah beli semalam. Seluk Handbag,  waaa! Purse dah takde! cari punye cari, takde! Seluruh rumah aku selongkar, sume takde. Tak cukup ngan tu aku sanggup turun ground floor, g kat motor kot kot la sangkut kat situ, takde jugak! Mata dah berair, bibir dah rasa suam suam kuku, jantung dan berdegup kencang. Sambil berjalan, naik tangga ke rumah, aku dah melalak! Waaa!!. Dah la sorang sorang. Duit seciput tu je yang ada. Nasib baik bil tepun tak kene blok lagi. Dapat la aku tepun segenap ceruk member member yang baik hati untuk meminta sedikit belas kasihan. Oh. Sungguh sadis Kejadian itu. Dan kehilangannya terus menjadi misteri sehingga ke hari ini. 


************

Kejadian ke-2. Berlaku pada tahun lepas.  

Jom ikuti pengalaman yang tak best langsung nih. Hari itu, Syikin a.k.a my BFF nak sangat aku teman dia jumpa bos dia atas urusan kerja. Ok. No hal la.   Dan nak dijadikan cerita, malam tu aku bermalam di rumah sewa Syikin. Al-maklum la rumah sewa, kami bentang segala jenis toto, comforter, selimut, bantal, penuh hall rumah dia. Dalam 5 orang kalo tak silap. Todo sebelah menyebalah.Tapi malam tu agak payah kami nak tido. Dah tido pun asyik terjaga je. Aku ingat lagi aku terjaga kul 3 pagi. Pastu sambung lagi tido tido ayam sampai la aku dikejutkan oleh budak budak rumah tu. Kul 4 pagi.  

"Kak Ida, Kak Ida, bangun. Rumah kita dah kena pecah. Sume barang hilang ni! HP kami sume hilang! Akak punya ada tak?"  

Dengan muka mamai, aku terus bangun, selak bawah bantal, tengok ada la! Dalam hati aku time tu, "mentang mentang aku pakai tepon buruk, sebelah mata pun pencurik ni tak pandang!" Tapi tepon buruk ni la jugak yang berguna untuk menelepon segala ceruk manusia yang dianggap dapat dapat memberikan pertolongan. Purse confirm dah lesap. IC, lesen, ATM card, sume dah kena buat lagi. Tapi yang agak menyedihkanku sehingga kini, Camera kesayangan telah dicurik! Tapi macam mana la sumua langsung tak sedar. Licik betul si pencurik.

Kul 5 pagi tu Balai Polis dah dipenuhi dengan 5 orang gadis sunti yang tak mandi membuat report kehilangan barang barang. Sian abang abang abang polis tu terpaksa menghidu bau bau kami yang wangi tu. 

Mangsa pecah rumah

Disebabkan jiran jiran yang baik hati dan mengambil berat, mereka mintak orang surau buat solat hajat untuk kami. Dan dengan izin Allah, semua barang barang yang hilang dah dikembalikan semula kecuali henpon mahal, cincin rantai emas dan kamera kesayangan aku. 

Alhamdulillah, Nyawa kami selamat.

5 comments:

khairul on August 24, 2011 at 10:27 AM said...

kehilangan yg spi skrg sy tiada jawapan..passport sy hilang dekat USA tahun 1997..spi skrg sy x tau bagaimana leh hilang , sampai terkandas 4 bulan sementara nk dpt pasport sementara

IeDa on August 24, 2011 at 8:14 PM said...

wah, lm nye.. xpasal2 je kn kn duk sn.. tp best gk tuh.. hehe

FyzaLovato on August 28, 2011 at 8:37 PM said...

sy hilang passport tp kat mesia je lah.. tehee :)

IeDa on August 28, 2011 at 8:51 PM said...

@FyzaLovato: selamat lg tu.. hehe

BudakGemok[dot]com on February 21, 2015 at 10:16 PM said...

xpe kak..anggap saja tiada rezeki. Allah akan beri yg lain tanpa kita duga.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!