Kisah Cerita Malam Raya

Monday, August 29, 2011

Esok raya! 

Selamat Hari Raya sume! Maaf Zahir dan Batin.

Hepi semacam je pulak. Hehe. Tiap tiap malam sejak aku sampai umah, aku tak pernah lepas tengok adik adik dan jiran jiran main mercun, bunga api. Dan yang paling aku suka dan tertunggu tunggu setiap tahun, mercun merdeka jiran aku punya. Heh. Besar! Cantek! Excited sangat tengok benda tu. 



Aku: Banyak ek duit dorang beli mercun macam tu. Barapa yang dorang habes tu ar?

Adik: Banyak tu. Aku tanya ari tu dorang cakap ada la dalam RM 3000. 

Aku: Haaa?? Gila banyak bakar duit. Lantak ah. Asal aku dapat tengok bunga api besar. Rumah Awang (bukan nama sebenar) kan? Dia balik eh?

Adik: Tak, rumah sepupu dia. Dia mana ada. Duk dalam penjara skang.

Aku: Haa??? (lagi skali). Dalam penjara? Kenapa? Dah lama ke?

Adik: Ade la dalam sebulan. Pecah rumah orang. 

HHmmm... Teringat aku masa kecik kecik dulu. Kitorang selalu main sama sama pas balik ngaji. 

Kejadian main masak masak la yang paling aku takleh lupa. 

Hari tu kami 4 orang. Main masak masak. Masak pasir, daun daun, air, macam macam la. Syok... Budak budak zaman dulu punya punya permainan. Mana ada video game lagi. Yang paling dasyat (tapi time tu aku rasa biasa je) kitorang guna minyak petrol masa masak tu. Nak hidupkan api. Cepat sikit hidup. Time tu Awang yang g beli minyak petrol. balik balik je dia terus curah petrol tu kat api yang baru nak hidup tu. Sume orang tak pasan yang time tu tangan dia penuh ngan petrol. Tengah tengah syok dia tuang petrol tu, api terus sambar tangan dia n terus marak sampai ke badan. Kitorang dah tak tau nak wat apa. Aku suruh Awang guling guling kat tanah. Tak lama pastu api padam tapi kesian. Kulit dia dah melecur. Baju dah melekat kat daging yang melecur tu. 

Kami terus bagi tau nenek. (Mak ngan ayah aku keje, nenek je yang ada). Nenek sapu ubat. Pastu suh hantar Awang balik rumah. Lama Awang tak pegi sekolah. 

Bila dah naik sekolah menengah aku dah tak tau pasal budak budak kampung lagi. Dan sampai la berita tadi. 
Kesian. 

2 comments:

ain revival on August 29, 2011 at 11:37 PM said...

doakan suatu hari nnt dy berubah~

selamat hari raye!

IeDa on August 30, 2011 at 8:49 AM said...

Yup. Selamat Hari Raya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!