Blood Donation and Blackout

Thursday, July 7, 2011

Korang pernah derma darah tak? 

Aku first time derma darah hari ni. Sangat takut sebelum, semasa dan selepas proses derma darah berjalan. Honestly, aku tak nak derma darah. Tapi bila aku dengar Hana cakap " derma darah bagus. Nanti semua darah yang kotor, yang ada kolestrol yang tak nak sume tu dia buang, nanti kuar darah baru"

Aku buang semua ketakutan. Walaupun tak semua sebenarnya. Aku isi borang derma darah dalam keadaan dilema. Membiarkan je tangan menulis nama, ic, dan jawab semua questionnaire dengan jujur. Siap isi, aku pergi ke kaunter pertama. Pegawai kesihatan tu tanya pasal kesihatan and then suruh aku pegi makan dulu sebelum derma darah. Dia kata "nanti kalau tak makan confirm awak pengsan". 

Then, aku moved ke kaunter ke dua. Ambil dan cek darah. Aku darah A. Dan hemoglobin aku cukup. So, lepas. Sebenarnya dalam hati, aku tunggu je antara salah sorang pegawai kesihatan ni akan cakap "awak tak boleh derma darah ni". Tapi takde pun yang cakap. Takutnya time ni.

Pastu aku pegi lagi ke kaunter seterusnya dia bagi aku buku rekod penderma darah dan barang barang untuk derma darah. Aku tak sanggu nak tengok benda tu semua. Aku pegang je bawak ke hulu ke hilir. Pegawai tu suh aku pegi makan dulu kat luar. So, aku pun pegi, amik roti and milo panas. Tengah makan tu, aku rasa macam nak lari je, nak cancel derma darah. Tapi malu. Nanti diorang cakap ape lak. So aku duduk je dengan penuh rasa takut. 

Dah breakfirst, aku masuk bilik untuk derma darah. Terus diorang panggil and suh aku baring atas tempat yang dah sedia menunggu. So, aku baring and biar je diorang cucuk aku. Tak sanggup nak pandang. Tak sakit pun kene cucuk tapi time dia masukkan ubat tu terasa la sikit. Pastu aku tengok dah ada darah mengalir dalam wire tu. Aku terus pandang tempat lain sebab aku tau. Aku tak boleh tengok darah. 

Pejam mata. Konon konon tido.

Agak agak dalam 10-15 minit jugak darah tu nak penuh. Dah siap. Nurse (kot) tanya. "Muka awak ni macam pucat. Ada rasa pening pening tak?" Aku tak rasa apa apa. So aku jawabla " tak pun". Tapi agaknya dia tak puas hati. So dia suh aku rehat dulu. Ok ikut je la. Dah lama sikit, dia cakap "kalau awak tak larat awak boleh baring dulu tapi kalo rasa ok awak boleh bangun". Aku yang tak rasa apa apa ni terus bangun dan pegi ke tempat minum. 

Aku duduk dengan sorang pelajar dan 2 orang lecturers yang baru pas derma jugak. Duduk sambil dengar diorang sembang. Sorang lecturer tu tegur aku. "Apa ni muka lemah je. Kena cergas sikit. Derma darah kena cergas". Time ni aku dah nak black out. Gelap. Aku tunduk je. Sorang dari pegawai kat situ perasan dan minta tolong untuk papah aku. Tapi tak sempat apa apa aku rasa dah macam takde tenaga lagi. Gelap. Pitam. Aku still boleh dengar orang kecoh kecoh. Orang angkat aku. Tapi masa ni aku dah takleh buat apa apa dah. Aku biar je. Dorang tolong and baringkan aku. 

Lemah. Tengah baring tu tiba tiba aku rasa loya and terus muntah. Time ni aku tak tau la orang pikir apa. Tapi lantak ah. Tak tahan. Nurse tu bagi bekas, puas aku muntah dalam tuh. Nasib baik milo tu tak basi lagi. Heh. Kalo tak abes la. Hana tolong picit aku. Rasa ok sikit pastu. Fatin duk snap pic aku. 

 Kuat betul tangan si Hana ni. 

Lepas aku dah ok, Hana cakap "kesian aku tengok pakcik tu angkat ko. Dah la dia tu kecik. Mesti dalam hati dia cakap berat betul budak ni. Punya la tinggi tempat baring tu". Hampeh. Sempat mengutuk. Haha

Tiba tiba terfikir. "Baru derma darah. Nanti nak beranak camne ek?". Takutnya...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!