Ulat dan Nasi Arab

Wednesday, July 20, 2011

Hi semua!

Seperti telah lama kurasakan tidak mempedulikan belog ini. Dan ini akan berlaku untuk 3 bulan pertama ini. Tapi hari ni aku nak tunjuk seekot ulat yang telah ditemui semasa maid itu sedang mencabut rumput rumput yang berkeliaran di halaman rumah. 
Masih malu malu

Mula menunjukkan taringnya

Mula diusap usap dengan mesra

Puan pengusap ulat

Actually, aku geli tengok ulat ni. Saje je konon konon berani tangkap pic. Eeeee... Yak! 

Dan selepas itu, kami melahap 

Nasi Arab yang sedap sekali

Punya la besar dia punya ayam. Sedap woh. Walaupun nasik tak larak aku nak habeskan, tapi ayam yang besar lagi sedap itu mana mungkin ku lepaskan. 

Yang uniknya pasal tempat makan ni:

* Lokasi di tengah tengah hutan a.k.a. ladang kelapa sawit.
*Tapi pelik, ramai orang makan sini. Makin lama kami duduk makin ramai orang yang datang.
*Suasana makan sudah semestinya di dalam kebun kelapa sawit. Hanya beratapkan jaring yang dipasang. Maybe untuk menghalang dari daun daun benda yang tak diingini jatuh.
* Hanya ada pondok pondok kecil khas untuk memasak dan menyediakan makanan dan minuman. 

Yang fail pasal tempat makan ni:

*Servis agak sangat lembab. 
Kitorang order abc. Sampai dah habes makan tak sampai sampai. Bila tanya balik, waitress dia cakap abc dah habes. "Hoi, nape tak cakap awal awal?!" Pastu kitorang order la teh o ais. Tunggu punya tunggu sampai tensen tak jugak sampai. Memang hangin. Last last dah malas nak tunggu terus bayar. Tup tup baru hegeh hegeh nak g hantar. Takde maknanya. Ko minum la sendiri. Hegeh!

Okeh! Sekian berita untuk hari ini. 
Papai!

p/s: Aku agak sensitip bab bab makan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!