Bukan Senang Buat Hati kering

Monday, October 10, 2011

Sebelum aku post kat Belog, aku dah pos dulu kat FB

Bila kawan yang (kononnya) selama ni need each other tetiba mengeluarkan ayat ayat dan kata kata yang mungkin kau takleh terima. Contohnya:

"Kepala hotakkkk Koo!!!"
 (Dengan nada yang keras di samping meletakkan nada tekanan pada setiap perkataan). 

Mungkin pada orang lain benda ni remeh dan or "eleh, ni je??" Tapi pada aku tak. Ni bukan bukan budaya aku pada teman teman seperjuangan (skema pulak). Ayat ni khas untuk orang yang dah menaikkan amarah aku je. Dan sometimes aku bleh terima maybe dari mulut mulut jantan yang takde insurans or memang seantero dunia tahu yang mulut dia memang cabul dan itu adalah ayat paling suci yang dia boleh buat. So I accept it. 

Bila dilemparkan kata kata kesat itu kau terpaksa kunyah ayat ayat tu sume perlahan lahan tanpa boleh menampakkan walau sebatang pun gigi pun, lalu ko telan dan menyimpannya terus ke hati. Semakin banyak kau telan semakin parah hati kau. Tapi dalam masa yang sama kau terpaksa buat hati kering dengan muka seposen dan menghadap amarah dan baran nya.

Semasa aku dijadikan "kambing hitam" tanpa kau sedar yang aku tahu tentang perbuatan kau aku terus karingkan hati. Mungkin kau boleh cakap aku "bodoh!" tapi ada aku kesah? Berbaloikah jika aku marah marah, mengamuk macam orang gila yang kau selalu buat? 

End Notes: Kadang kadang kita rasa apa yang kita buat betul. Tapi pernahkan kita muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan.

Pesanan untuk diri sendiri dan juga orang lain.

2 comments:

Anok Pok Mat Kapok on October 10, 2011 at 5:14 PM said...

sapekah yg melakukan sedemikin T_T

IeDa on October 10, 2011 at 6:10 PM said...

Org di sekliling saye.. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!