Dah Gosok Gigi Makan La Pulak

Thursday, October 13, 2011

Ingatkan Lepas pulang dari praktikum dah takde kelas, takde assignment lagi, takde presentation lagi. Tapi jangkaanku meleset sama sekali! Bukan saje exam yang menanti malah segala jenis ujian, kelas, presentation jugak kursus yang wajib dihadapi. Nak buat camana lagi kan. Dah nama pun student. 

Kursus Pergigian, kesihatan dan Prostar wajib dihadiri oleh semua pelajar tahun akhir di sini. 2 hari pulak tu. Assignment menanti tu. Hari pertama kami diterangkan dengan segala hal yang berkaitan dengan pergigian, belajar memberus gigi dan juga pemeriksaan gigi. Lena jugak aku terrrtidur masa dalam dewan semalam. Bangun je tidur, terus aku buka bekalan yang dah memang aku bawak dari bilik. Dah tau confirm ngantuk kang. Tapi yang paling aku suka cek gigi. Ntah. Aku pun tak tau nape aku suka. Padahal sume orang tak suka. 

Dapat free. Suka! suka! suka!

Pas tu ada cara memberus gigi dengan betul. Dah aku teringat zaman tadika dulu dulu. Semua bawak gelas dan berus gigi masing masing dari rumah. Duduk la mencangkung berus gigi tu. Kat sini pun sama. Cuma bezanya hari ni kami diberi barang barang seperti di atas secara percuma. Thanks!

Tunggu turn untuk pemeriksaan gigi

Ngintai dulu sikit sebelum masuk

Klinik pergigian bergerak

Iklan sikit. Bulan Oktober, Bulan Bahasa. Bahasa melambangkan peribadi. So jagalah bahasa kita yea!

Hari kedua, kami para peserta perlu menyiapkan RPH dan micro teaching. Tajuknya berkisarkan kesihatan pergigian. Aku pemerhati je. Hehe. Power la semua presenter. Dan yang paling aku tertarik ada anugerah Ratu Gigi. Cantek kot gigi dia.

Dah letih belajar cara jaga gigi, kami beramai ramai rakan sekelas kuar la. Apa lagi. Makan! Lapar! Setelah membuat keputusan tempat makan yang ingin dituju, kami terus melangkah ke situ. Kami pilih Chicken Rice Shop. Banyak jugak makanan yang kami order. Semuanya boleh dikatakan sedap. 

Sebelum menjamu selera. Pose sekeping!

Antara menu yang dihidangkan

Sesi mengoder makanan.

Waitress tu dengan sabar melayan kerenah kami. Nak itu. Nak ini. Ni apa. Itu apa. 

 Grilled Chicken.

 Garlic Chicken

 Stim Chicken

 Lupa dah apa chicken

Nyonya Pai Tee. Sedap... Kulit Luarnya rangup. Isi dalam lembut.

 Sab dengan lauk pauknya (macam banyak je ayat)

 Acara menyerang makanan sedang ingin dimulakan

K. Sham hirup sup pun dah nampak menyelerakan.

Selingan. J. Co Coffee & Donnuts. 

Bagi aku la donat J. Co ni lagi sedap berbanding Big Apple. Sebab Big Apple manis sangat. Memang makan sebijik jenuh nak habiskan. Tapi J. Co punya donut ni sekelip mata pun tak sempat. Dah lenyap.

P/s: Kad outing sudah dijumpai. Tenkiyu kepada si "tersalah amik" kerana memulangkan kad saya. 

2 comments:

.ain. on October 17, 2011 at 7:32 AM said...

wahhhh. sodap2 bolako makanan tu.. haisssshh. nasib la jauh and da jadi past tense :D

IeDa on October 18, 2011 at 9:20 AM said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!