Meleleh Semua Air!

Friday, October 14, 2011

Ehem! Nak tau air apa? Jom selongkar bawah.

Belog ni tak habes habes dengan kisah makanan. Haruslah.

 Hari ni aku dah mencuba lagi sejenis makanan. Tapi sebenarnya aku dah pernah rasa makanan ni. Saje nak test power yang kat sini pulak. 

Hari ni aku try lagi sekali. Somtam! Kat Tesco Melaka. Kanak kanak rebina yang aku bawak tu dah bagi amaran pasal somtam ni. So sedikit sebanyak aku dah bersedia dengan kemungkinan yang bakal mendatang. Habes je membeli belah, kitorang terus menyerbu kedai menjual makanan Thai depan Tesco ni. Memang penjualnya orang Thai. Dari segi loghat percakapannya pon boleh perasan. 

Akak Somtam:   Ha, adik nak apa?
Tuan Belog:   Somtam satu Kak! Bungkus ek.
Akak Somtam:   Nak pedas ke?
Tuan Belog:   Taknak pedas sangat. Biasa je.
Akak Somtam:   Oke.

Ada la dalam 5 minit akak somtam menyediakan somtam yang aku order. Dah siap sume, aku balik kolej dengan tidak sabarnya. Nak makan Somtam!

Sampai je bilik. Cepat cepat aku amik pinggan, masukkan somtam, amik sudu, baca Bismillah, and ngap! 

Ni la rupa somtam tuh

Sekali suap, oke lagi. Dua kali suap aku dah macam nak panas. Tiga kali suap, wooaahh!! berasap!!! wuhh! pedas gile beb! Habes kuar segala macam air. Air hidung, air mata, sume air lah. Merah padam muka aku. Roomate aku pun sama. Dia dua round dah surrender. So, terpaksa la aku menghabiskan somtam tu sorang sorang. Sedap giler. Cuma tinggal pedas yang amat. Macam ni rupanya pedas biasa?? Aku tak tau la kalo pedas. Terberak berak agaknya kalo makan. Tapi memang kaw lah! 

Setelah aku gagahi, akhirnya...

Habes! 

Ikutkan hati nak je aku hirup kuah tu. Tapi bila mengenangkan mulut aku yang dah berasap, mata yang dah berair, idung yang dah mencurah curah mengeluarkan hingus, muka aku yang merah padam, tak sanggup lagi aku menambah derita itu. 

Bersama tisu tisu yang bergelimpangan

Lalu aku menghabiskan suapan terakhir. Perut pun dah berasap kot. 
Habis la kalo sakit perut malam ni!


7 comments:

sis92 on October 16, 2011 at 4:58 PM said...

pergghhh gila sedap
nak sikit :)

IeDa on October 16, 2011 at 6:35 PM said...

yeah! sgt! amik la nk bp mangkuk pon.. hehe

afzalsukasuki on October 16, 2011 at 7:07 PM said...

somtam ye?hmm nak kena try menu baru cenggini :)

IeDa on October 16, 2011 at 7:22 PM said...

Mesti! rugi tak try!

Enh Ear on October 16, 2011 at 9:13 PM said...

dah lama tak makn somtam.. nyum nyum.. tak sabar nak balik kedah..

Wen on October 17, 2011 at 2:58 PM said...

Hiiii pedas.. taknak makan. pedas ni buat mak cik jerawat tumbuh kat muka hehe

IeDa on October 18, 2011 at 9:04 AM said...

@Enh Ear: Kt kedah pon glemer somtam ni ek? x pernah jumpa pun dulu..

@Wen: oo.. xmkn pedas ye.. rugi2.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!