Zuriat Pertama

Friday, December 14, 2012

Salam.

Dah lama tak menulis ni dah tak tau camana na mula. Hehe. Banyak benda yang berlaku dalam masa sebulan ni. Yang paling besar ialah aku dah selamat melahirkan. Alhamdulillah. Syukur sangat. skang ni aku sedang menghabiskan masa berpantang sambil menguruskan baby girl kami. Tak sangka aku dah jadi ibu. Masih lagi bermain di ingatan zaman solo aku dulu. Dah tak boleh jadi macam dulu dah la. Skang kena fikir untuk 3 orang dah, suami dan Damia.

Hari ni aku nak bercerita kisah kelahiran Damia. 

Pada usia kandunganku masih berbaki 2 minggu cuti sekolah bermula. So aku tak payah nak amik cuti advance. Kebetulan time ni Incek Suami berada di China. Jalan-jalan. Sempat lagi kan? Tapi takpe. Asal ada habuan untuk isterri tersayang. Hehe.

Bercerita pasal kisah kandungan, aku masih perlu buat check up. So, aku kena la tumpang kat klinik desa. Hari tu aku pergi la klinik nak tanya hari yang perlu aku datang untuk check up. Tapi disebabkan masalah kesihatan aku, aku tiba tiba kena admid ke HSNZ, K. Terengganu keesokan harinya. Terkejut beruk aku dengar nurse tu cakap. Dah la Incek Suami tak balik lagi. Sebaik la adik aku kebetulan tengah bercuti time tu. Boleh la aku mintak tolong dia hantarkan. 

12 Nov 2012

Keesokan harinya berangkat la kami ke HSNZ. Tak bersedia langsung nak bersalin. Dah la langsung takde rasa sakit. Tapi nak buat camana. Demi kesihatan kandungan, aku turutkan. Hari pertama doktor takde buat apa pun lagi. Just rehat rehat, sembang sembang. Mak jadi antara orang yang paling risau tengok aku. Siap beli macam macam bekalan makanan untuk aku. Takut lapar. Hehe. Lagi satu sebab orang lain takleh temankan. So terpaksa la aku berdikari duk spital sorang sorang. 

13 Nov 2012

Doktor dah sahkan aku kena paksa bersalin walhal time tu kandungan aku takde masalah. Cuma dorang takut kalo dibiarkan seminggu dua lagi ada risiko. Aku terpaksa ikut je. Hari ni suami dah balik. Sempat la aku bersalin di sisi suami. Ubat pertama dimasukkan hari tu pada pukul 7.30 pagi. Sakit jugak rasanya time ni. Tapi tahan je la. Disebabkan takde orang, bosan aku tertidur hari tu. Bangun dah tengahari. Masuk toilet tengok dah ada darah keluar. Risau pun ada. Aku dah pikir time ni, "dah tak lama aku nak bersalin kot. Takutnye..". 

Pukul 3 doktor cek "jalan". Time ni dah bukak 3cm. Sebijik lagi ubat dimasukkan. Aku dah pasrah. 

Malam, semuanya bermula. Aku dah mula rasa memulas dan sakit pinggang sangat sangat. Dari pukul 11 tengah malam memang aku takleh tidur langsung. Jap bangun, jap duduk, jap aku jalan jalan dalam wad tu, jap aku g toilet. Aku sms mak suh masuk. Pas mak picit picit kaki sikit aku tertidur.Tapi kul 1 aku terjaga balik sampai la pagi. Time ni sangat jeles tengok orang lain tidur nyeyak. (sempat lagi). Rasa nak membuang pun tak henti henti. Pelik aku. Padahal aku tak makan pun. Mana datang semua tu??? Kesakitan berterusan sampai kul 4 pagi. Time ni aku sempat tertidur. Aku terjaga sebab terasa ada bunyi "poop" dan pastu air mencurah curah keluar. Mentuban dah keluar. Cepat aku pegi bagi tau nurse. Nurse suruh aku salin pakaian dan tunggu doktor sampai untuk cek kandungan aku. 

14 Nov 2012

Tak lama pastu doktor cek dan dia bagi tau "jalan" dah bukak 5cm. Kontraksi dah makin kuat. 2, 3 minit sekali. Pukul 5 aku ditolak masuk ke labour room. setengah jam kemudian Incek suami dibenarkan masuk. Pukul 7 aku disuntik ubat tahan sakit dan tertidur sampai kul 10 pagi. Dengan suami skali terbongkang dalam labour room. Ni kes suami dari airport terus shoot ke HSNZ. Letih la tu. Aku pulak tertidur sampai tak sedar kan jarum yang disuntik kat tangan tercabut, berdarah darah atas tilam. Nurse datang tukar jarum lain. Tapi aku tetap meneruskan tidurku. Ubat tahan sakit punya hal kot. 

Pukul 10 nurse datang kejutkan aku untuk bersalin. Masa ni kontraksi dah makin perlahan dan pendek. Aku dah puas cuba tapi tak larat. Sampai dah hampir 10 orang doktor, nurse,sister conduct aku bersalin tapi tak lepas jugak. Aku dah tak larat. Time ni dah pukul 12 tengah hari. aku mintak dengan doktor buat cara lain. Aku mintak vacuum. Aku dah tak larat sangat. Tapi doktor tu suruh aku cuba jugak. Sampai pukul 2 aku teran. tapi lepas jugak. Aku baca ayat Qursi, Ayat pemudah urusan, zikir zikir pendek. Harapan aku time ni jangan sampai kena c-zer. Aku dahaga n lapar sangat time ni. Siap aku mintak air lagi. Tapi nurse bagi air lap2 kat bibir je. 

Akhirnya pukul 2 doktor pakar masuk dan conduct aku. Tetap aku tak boleh. Dia pun terus suruh nurse prepare alat alat untuk vacuum. Alhamdulillah. Tepat 2. 13 petang, 2 kali push baby pun keluar. Hilang semua sakit. Lega. Pastu dorang terus bagi milo suam. sekali sedut je teru habis. Hehe.

Day 2

Pukul 5.30 petang aku keluar dari labour room. Incek suami, mak dan adik dah siap menunggu. "Kemain lama duk dalam labour room" dorang cakap.

Name: Damia Arissa binti Ahmad Fahmi
Weight: 3.29
D.O.B: 14 Nov 2012

Alhamdulillah. Hari ni umur Damia genap sebulan. 


Menghitung Saat-saat Bermakna

Friday, November 2, 2012

Salam.

Agak lama jugak mendiamkan diri. Hampir sebulan kan. Bila tubuh badan jarang mengalami kesakitan, sekali kena susah nak terima. Tapi sekarang dah ok dah. Aku tak makan macam sebelum ni dah. Oleh itu hargailah tubuh badan anda yang sihat. Aku insap! 

Sekarang aku tak lagi terikut sangat dengan hawa nafsu makan yang semakin menjadi jadi semenjak berbadan dua ni. Sekarang kandungan aku dah pun masuk minggu ke 36. Minggu depan tunggu masa je la. Diharap semuanya berjalan lancar. Dan aku harap sangat baby pilih tarikh sebelum EDD. Kalo tak alamatnya aku kena paksa bersalin la jawabnya. 

Ada lagi seminggu untuk aku habiskan hari persekolahan. Banyak jugak kerja yang nak kena settle. Fail-fail, persembahan Majlis akhir tahun, semualah. Rasanya tak sabar nak balik kampung. Dah tak larat nak drive dah. Nanti nak travel dari Bera ke Dungun lagi. Fuhh.. Harap baby duk diam diam ek. Sebaik Ayah ada, boleh drive. So, I tido je la kat sebelah. Hihi.

Last scan baby, minggu lepas. Actually, aku dah banyak kali scan. Sampai dah tak ingat berapa kali. Dan setakat ni doctor cakap, baby girl. Yang minggu lepas punya, doc scan, baby dah seberat 3.2, normal. Alhamdulillah. Dan lagi satu doc cakap, ada hamburger sign. First time dengar istilah kedoktoran ni. Baby girl=hamburger sign. Nak tergelak aku dengar time tu. Sebenarnya jantina aku tak kisah pun. Boy ke girl ke. Asalkan sihat. Ibu, sihat, baby pun sihat. 

Bila dah masuk minggu minggu akhir ni aku sangat peka pada gerakan baby. Nak kata aku kira betul betul cukup 10 gerakan tu tak la. Cuma dah boleh agak waktu waktu baby gerak. Mula la bila rasa macam waktu yang biasa baby gerak, tapi dia tak gerak aku risau. Nak tau apa aku buat? Hihi. Aku tepuk tepuk atau goyang goyang sikit perut. Dalam 2,3 minit mesti ada tindakbalas. Baby tendang balik. Hihi. Lega. Senyum sampai telinga. Doc cakap, bila dah akhir akhir macam ni memang baby kurang gerak sebab ruang kat dalam perut dah makin kecik. Baby aku pun dah masuk jalan. Lagi la dia tak leh pusing pusing dah. Dia boleh menggeliat n tendang tendang je la kot. Selalu je mimpi baby dah kuar. Tak sabar kot. Hehe. 

Kawan-kawan, doakan saya selamat melahirkan ya. Semuanya sihat dan baik. 

Bye!

Tanak Ngidam Lagi!

Monday, October 8, 2012

Salam

Menghitung hari lagi. Takde lain yang aku buat selain menghitung hari selain mengharungi rutin harian, mingguan dan bulanan. Hari ni kandungan aku masuk minggu yang ke 33. Macam macam perasaan ada dalam hati. Excited sangat sebab tak sabar nak tunggu baby keluar. Tapi dalam masa yang sama aku asyir terfikir macam maca la rasa bila dah sampai dalam labour room nanti. Semoga dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Aaminn...

Bila mengingatkan balik sepanjang kehamilan aku, banyak jugak makanan yang aku nak telan (mengidam) dan benda benda lain yang aku nak. Pada awal kehamilan, area bulan 1-3, aku asyik mengidam nak pisang goreng je tiap tiap hari. Tapi malangnya tempat tinggal aku ni susah nak jumpa pisang goreng macam kat Terengganu. Semuanya keras je. So, balik je hujung minggu confirm aku akan pujuk suami pegi makan or beli pisang goreng. Aku akan makan RM2 - RM3 sorang sorang. Orang lain nak? Beli lain! Tamak betul. 

Pastu dah habis bab pisang goreng, tekak aku ni asyik duk mengidam nak pekena rojak buah. Tanak yang buat sendiri. Nak yang kat kedai. Yang kuah rojak dia macam rojak "Mak Bee" pastu ada bijan, kacang dalam dia. Puas la aku dan Incek Suami mencari. Tapi tak jumpa. Hampa betul. Terpaksalah aku buat sendiri. Beli la buah jambu banyak banyak bersama kuah rojaknya sekali. Sebulan duk makan tu je lah. Tak makan nasik pun takpe. Hosmet aku pon skali join melantak ngan aku. Hihi.

Dah habis bab rojak, tiap tiap hujung minggu aku balik kampung jumpa suami. Seiring dengan tu mesti ada yang aku mintak. Keropok la, satar la, buah durian la. Banyak jugak durian aku makan. Sampai Incek suami belikan berguni guni. Dasat kan? Hihi. Sebaik aku kebal dari sebarang alahan masa pegnen. Alhamdulillah. Tu la sebabnye badan aku naik bagai di pam pam. Asik kena minum air gula je. Bosan tul. 


Bulan lepas kena minum air gula. Sebab berat naik sampai 5kg! Kesnye lepas raya kot. Al maklumla sume makanan terhidang di depan mata. Bulan puasa aku ponteng sehari je. Tu la sebab nye kot. Hihi. Alhamdulillah result normal. So, bulan depannya aku berazam tanak naik lagi. Yeah! Hari yang ditunggu tunggu tiba. Aku cek berat. Turun 600g! Kihkih. Turun pulak ye. Jadi aku pun hepi la. Mentang mentang dah turun, aku buat tak tau je ngan berat. Bila cek lagi skali berat aku naik pulak dah..... Kena la minum air gula lagi. Tak suka! Tak suka! Pastu aku dah malas nak fikir dah. Naik tensen je dibuatnya. Makan ke tak ke, berat aku suka hati je nak turun naik. Yang penting sumenye normal. Aamiin. 

Akhir akhir ni plak sibuk duk teringin nak makan McFlurry. Kisah semalam. Seperti kebiasaannya, lepas masuk 7 bulan ni aku dah tak lagi travel sendiri balik hujung minggu ke Terengganu dari Bera. Aku sama ada akan tumpang kawan, ayah atau Incek Suami datang. Sama la keadaannya bila nak balik ke sini semula. Semalam. Aku duk sibuk "haru" kat Incek suami nak makan Aiskrim McFlurry. So, sebelum balik Bera, kami pun singgah la kat McD area IM, Kuantan nak drive thru. Kami order 2 set burger yang tengan hot skang, Samurai burger dan tambah dengan makanan idaman aku tu. Dah dapat aku senyum je sampai ke telinga. Masa ondaway tu, aku asik duk riba je la sume air yang diberi (menggunakan bekas yang McD sediakan). Tetiba Incek Suami rasa nak minum air tu, so aku pon dengan rakusnya berusaha mengeluarkan segelas air dari sarangnya. Tanpa diduga, air yang segelas lagi terus terjun jatuh dari ribaan aku mencurah curah ke ladang gandum (dalam kerete, bahagian kaki). Aku terkedu. Takut. Nanti kena marah ngan Incek Suami. Nak sangat makan McFlurry. Air mata keluar tanpa disangka sangka. (Lawak pulak bila diingatkan balik). Incek Suami ketawa berdekah dekah tengok aku. Dia tanya, "kenapa nangis? Abang tak marah pun..." sambil ketawa lagi. Malu. Terus diam dan lap lantai kereta dengan selipar. Macam jalan je taknik tu. Kehkehkeh.

Dah lepas ni tanak Ngidam lagi. 



Merasai Kandunganku

Thursday, September 27, 2012

Assalamualaikum

Hari ni kandunganku dan masuk minggu ke 31 (7bulan 3 minggu). Minggu depan dah masuk 8 bulan. Kejap je masa berlalu. Macam baru semalam aku tengah excited lepas buat pregnancy test. Kecoh bagi tau housemate aku, Sarah. Pastu terus MMS result pregnancy test kat suami. Tak sangka sangat. Pas kahwin terus tak datang bulan. Orang tua-tua cakap "bunting pelamin". Kot la. Hehe.

Sekarang kandunganku dah masuk ke fasa trimester ke 3.  So, skang aku dah hampir setel dengan semua persediaan untuk kelahiran baby dan juga untuk maternity aku jugak. Barang baby dah setel, barang ibu ada lagi sikit, beg hospital dah masuk dalam but kereta, dan akhir skali aku jugak mencari cari bahan bacaan khas berkaitan dengan ibu ibu mengandung dan persediaan bersalin. 

Sekarang perut dah mula mengeras. Dari pembacaan, yang aku faham ni adalah salah satu tanda tanda hampir bersalin atau kontraksi atau Branxton Hicks(pengecutan rahim). Antara maklumat yang didapati ialah 


Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
    • Bayi bergerak dengan aktif
    • Semasa senaman atau membawa barang berat
    • Mengurut perut
    • Semasa hubungan seks
    • Dehidrasi

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
Lagu lagu ni pun best untuk didengar untuk ibu dan baby

  

K la. Bye. Nak g cari info lagi. 




Behujung Minggu di Bera

Saturday, September 8, 2012

Salam semua. 

Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk minggu ke 29 pregnancy atau 7 bulan 1 minggu. Cepat pulak rasanya. Semoga rezeki ini terus membesar dan sihat. Seiring dengan tumbesaran ini, aku mengalami beberapa ketidak selesaan badan sehari harian. Dan disebabkan itulah minggu ni aku memilih untuk berhujung minggu kat sini je. Encik suami pulak datang sini.  

Mesti ramai atau ada antara kawan kawan yang cakap " haih, nape suh bini plak yang travel? Dia kan laki, dia la yang datang jenguk isteri. Dah la pegnen!

Sabor. Sabor ye rakan rakan. Dengar dulu ini penjelasan. Sebenarnya bukan aku yang tak bagi Incek suami datang ke sini dan bukan jugak Incek suami yang tak mahu datang. Tapi disebabkan di sini, aku masih tinggal menyewa dengan 4 orang kawan yang lain dan dorang pun ada yang tak balik kampung bila hujung minggu. So takde tempat untuk kami duduk. Lagi pun, dorang tu tak kawen lagi. So, susah la sikit. Kalo Mak dara takpe lagi.

Ni mesti ada plak yang cakap, "bestu yang minggu ni leh plak datang? Ada palak tempat duduknye?"

Minggu ni adalah disebabkan aku yang dah tak berapa sihat. Nak drive jauh dak tak berapa nak larat. Duduk lama sakit pinggang. Lagi pun dulu aku memang suka balik sebab kat sini aku takde sape sape. Baik aku balik jumpa laki ngan mak ayah sume. 

Minggu lepas, lepas jumpa doktor akibat sakit pinggang yang amat sangat, doc terus scan. Alhamdulillah. Doc cakap baby takde pape. Sume normal. Berat around 1.4kg, degupan jantung pun ok. Doc cuma bagi pil kalsium. Mayb aku ni tak cukup kalsium. 

Tapi aku tetap tak puas hati. Aku jumpa plak mak bidan. Siap dua orang lagi aku jumpa. Sorang aku panggil Mak Haji (sebenarnya Hajjah tapi orang kampung. Beselah). Mak Haji ni tak berapa sihat sangat sebab dia baru jatuh. So dia takleh nak picit kuat sangat. Setakat rasa tu boleh la. 

Bila Mak Haji rasa perut aku, dia cakap baby dah turun sikit. Patut la asyik sakit pinggang. So dia angkat la sikit kedudukan baby. Yang aku tak tahan, Mak Haji cakap perut dah macam 9 bulan. Padahal time tu baru je masuk 6 bulan 3 minggu. Macam besor sangat la plak perut ni. Risau plak rasanya. Tapi aku wat dono je. Pastu ok la sikit tapi pas sari dua rasa balik macam baby ni ada kat bawah balik je. Incek Suami ajak pegi bidan kat kampung dia. Aku ikut je. 

Mak bidan ni orang panggil Mak Yah. Bila urut ngan Mak Yah ni ok jugak la. Bila Mak Yah rasa perut aku dia pulak yang cakap ni dah macam 8 bulan ni. Sebab kepala baby lembut. Katanya kalo 7 bulan baby keras, 8 bln lembut dan bila masuk 9 bln keras balik. Tapi Mak Yah cakap takpe. Lain orang lain gayanya. Bila Mak Yah rasa lagi, dia cakap baby memang turun. Tapi kalo dah dekat dekat bln kalo macam ni senang nak bersalin. Suka aku dengar. Tapi aku baru nak masuk 7 bulan masa tu. Harap harap semuanya dipermudahkan Allah. Aamiin. 

Sebab tu la minggu ni aku buat keputusan untuk tak balik. Minggu depan kena la balik sebab cuti 3 hati. Tanak la duk sini sorang sorang. Hehe. Tu pun Incek Suami yang datang. Terharu plak rasa. Hehe. 

Ok lah. Doakanku semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hari hari yang penuh dugaan ini. Dan semoga tahun depan dapat tukar balik bawah ketiak Incek Suami! 

Bye!

Pencarian Maternity dan Barang Baby

Wednesday, August 29, 2012

Salam

Rancak meng update pulak akhir akhir ni ye. Tiba tiba setelah hampir setahun rasa cinta pada belog cumil ini hilang, ianya muncul semula akhir akhir ni. Hilang mungkin disebabkan oleh tempat posting yang tak pernah dibayangkan dan sedang mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru. Agak lama kan. Sekarang baru lah aku rasa selesa dengan tempat baru walaupun mungkin bagi orang di sini tempat kerjaku agak jauh dari rumah tapi yang penting aku selesa. 15-20 minit kalo takde halangan (lori besor besor yang sangat banyok). Bila ada halangan alamatnya 40-60 km/j je la speed aku hari tu. Sabor je la. Lebih hangin bila hari tu bangun lambat. 

Sejak mendapat berita tentang kehamilan, aku terus terfikir tentang persediaan untuk ibu dan baby yang bakal lahir nanti. Banyak juga aku search kat internet dan survey kat luar. Tumpuan aku hanyalah dari area Kuantan ke Kuala Terengganu. Tapi pilihan pertama ialah di Kuantan sebab lagi dekat dengan rumah mentua. Kalo diikutkan aku agak kerap ke sana tapi disebabkan  takde kepentingan untuk mendapatkan barangan tersebut menyebabkan aku tak pernah tahu mana letaknya kedai kedai atau butik yang menjual barangan ibu dan baby. So aku mengambil masa yang agak lama untuk mencari kedai kedai tersebut. Akhirnya aku jumpa dan setakat ni ada 4-5 kedai yang ada menjual barangan tersebut di kuantan. 

Kedai pertama yang aku serbu ialah Fabulous Mom. Terletak di Jalan Berserah. Sape sape yang berminat boleh la pergi ke alamat ni

A271, 1st Floor, Kuantan Star City 2
Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-5676710
Email: kuantan@fabulousmom.com

Dapat la beberapa kerat barang yang aku nak. Tapi kedai dia tak besar sangat la. Barang pun ok jugak. 

Pastu kedai ke dua yang aku serbu ialah kedai baby yang terletak berhadapan dengan East Coast Mall, Kuantan iaitu Manjaku. 


Kedai ni agak besar. 2 tingkat. Tapi kat sini aku masuk, survey je. N then keluar. 

Kedai ke tiga pulak ialah Twins Baby. (Agak agak boleh dapat anak twins tak? hehe)  Kedai ni paling aku suka. Dekat RM 300 jugak habis kat kedai ni. Siap dapat Privilege Membership Card lagi. Untuk dapatkan kad ni, kita kena membuat pembelian dari RM 200 kat sini. Pastu bila soping lagi kat sini dapat la diskaun. Bangunannya ada 3 tingkat. Banyak pilihan dan jenama barangan baby yang boleh dipilih. Harga pun ok. 

Kepada Sesape yang berminat, boleh la jenguk jenguk kat alamat ni:

A 385, Taman Seri Kuantan III, 
Jalan Berserah, 25300 Kuantan Pahang.
Tel: 09-568 9799

Kedai ke empat, aku tak sempat survey lagi. Terletak di area Jalan Berserah jugak tapi lupa lak nama kedai nya. (Nanti dah ingat I update).


Untuk bakal ibu yang sedang mencari baju baju Maternity, kedai yang paling aku suka ialah kedai baju ibu ibu mengandung dalam Kuantan Parade. Terletak di ground floor. Ha, pusing la dalam tu tinjau tinjau. 

Ok, semoga memberi sedikit panduan untuk bakal bakal ibu dan ibu ibu di luar sana! 
bye!


Kesakitan Itu Kekuatanku

Monday, August 27, 2012

Salam. 

Hari ni dah cukup.Tutup. Buang. Lupuskan semua mood raya! Oh. Sedih. Setelah sekian lama (seminggu je pun) bercuti akhirnya tibalah waktunya untuk kita semua kembali ke tempat pertapaan (back to normal). Tapi aku sungguh tidak berapa gemar tinggal di sini. Jauh dari suami dan keluarga. Sedih! Warrgghhhh!.

Ok. Tutup cerita sedih itu. Kita mulakan cerita gembira dengan sedikit selitan cerita sedih. Hari ni usia kandunganku dah masuk minggu ke 27 atau 6 bulan 3 minggu. Semakin hari perut semakin memboyot selari dengan berat badanku. Sekali upload semua mengomen, " Wah, Ida, sihatnya", "tembamnya", " cumilnye perut". Hihi. Mula mula agak segan jugak bila semua kawan dah tegur. Masalah majoriti bukan tegur kandungan aku tapi tegur kemontelan aku. Kahkahkah. Tapi tak mengapalah wahai hati. Nanti kita usaha mengecilkan diri semula ya.



Hai.. Seperti bakal ibu yang lain juga pada pikiranku. Mungkin akan mengalami masalah masalah yang aku sedang tempuhi. Pertama skali aku kerap mengalami "cramp" atau kejang kaki iaitu bila dah masuk bulan ke 4 kehamilan. Setiap malam dan sehingga rasa sakit tu terbawa bawa ke siang sampai 2,3 hari. Yang malam tadi pun tak hilang lagi, dah malam esok pulak datang bertandang. Tetapi masalah itu hilang selepas aku diperkenalkan dengan sejenis produk oleh ibu. Sejenis produk homeopati iaitu Salindah. Aku terus pergi ke kedai Era Edar dan membeli set berasingan. Sebabnya nak test dulu kot kot la tak sesuai. So aku amik 2 botol, B1 dan B2. Kesannya, memang aku dah tak pernah kena cramp lagi. Kalo kena pun sebab aku lupa nak makan pil tu. So skang aku dah buat keputusan untuk sambung amik pil pil tu lagi. 

Lepas habis bab cramp, masuk bulan ke 6 aku mengalami sakit belakang dan pinggang yang teruk pada suatu pagi sampai memaksa aku untuk MC hari tu. Memang tak boleh bangun. Maka bersakitanlah aku pada hari tu berseorangan. Incek suami pulak kebetulan demam. Aku call tak angkat angkat. Hasrat hati ingin mengadu. Tapi berkuburlah hasrat itu. (Harus diingat, kami ialah pasangan PJJ). Sadis. Bila dah kurang sikit sakitnya aku terus drive ke klinik berdekatan. Doktor cakap ni perkara biasa bila kandungan dan masuk ke 6 bulan ke atas. Sebab anggota badan telah mula bersedia untuk melalui fasa kelahiran. So, semuanya mulai longgar. Dan mungkin salah satu sebab aku ada amik makanan yang angin. Contoh pulut. Tapi takdepun. Tapi aku akui memang badan aku selalu je berangin berdasarkan angin angin yang keluar. kahkahakah. Satu lagi doktor cakap sebab duduk terlalu lama. So pasni kena gilir duduk dan bangun la. Doktor bagi panadol dan ubat sapu. Panadol aku tak makan pun. Ubat tu je aku sapu. Sedap sungguh rasanya. Habis sume angin keluar. Hihi. 

Sampai skang pun aku masih sakit belakang dan aku sering menjcari cari artikel berkaitan. Aku jumpa ni. Lower Back Pain (click). 

Setakat ini sahaja coretan dan bebelan kali ini.
Bai. 
Hehe.

Post Raya 2012

Tuesday, August 21, 2012

Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. 

Hai semua! camana raya tahun ni? Semoga memberi seribu makna kepada kita. Walau segembira mana kita dalam menyambut hari kemenangan ini jangan dilupa kepada yang tidak bernasib baik. 

Tahun ni tahun adalah tahun pertama aku beraya sebagai seorang isteri. Dan skarang umur kandungan aku dah masuk 6 bulan 2 minggu. Baby dah mula pandai tendang tendang tumbuk tumbuk. Bulan lepas dah rasa tapi tak kuat. Rasa gerak gerak dari dalam je. Tapi bila dah masuk umur 6 bulan, dah dapat rasa dari luar. Perasaan lain tu memang ada la sangat. Yela. Dulu anak dara. Melaram lebih la sikit kan. Skang dah jadi bini orang, nk jadi mak orang dak pon. Kena tukar la sikit kan. 

Dua hari lepas aku ada terbaca yang suruh si ayah berbual dengan baby supaya dia kenal n cam suara si ayah. So bila dia lahir nanti dia akan cari dan cam suarah ayah dia. Aku pun terus suruh incek suami panggil panggil baby. Terus kena tendang. Excited pulak incek suami. Hihi. Aku suruh lagi suami panggil baby dan cakap cakap dengan baby. Kena tendang lagi. Macam dah tau tu ayah dia. Tapi bila aku pulak cuba ajak bersembang, langsung tak layan. Agaknya dah bosan dengar suara ibu dia jerit tiap tiap hari kat sekolah. Hehe. Takpe la, sekurang kurangnya aku tau dia sihat di sana. Minggu lepas dah scan baby, doktor cakap baby girl. Alhamdulillah. Aku sebenarnya tak kisah pun girl or boy. Cuma suami je yang duk berharap lelaki. Nak ajak g mancing katanya. Apo daaa... Dia mesti duk menyedapkan hati cakap doktor salah cek. Hehe. Terima je la cik abg ooii. Dah rezeki. Taun depan depan depan kita cuba lagi ye. Hehe.

Kami 2-2 orang Terengganu. Ingatkan takde masalah la nak balik kampung. Tapiii tak jugakkk. Masalah jugak. Dah dekat sangat pun susah jugak. Berapa hari nak balik sini. Barapa hari nak balik sana. Nak pergi raya umah sedara mara belah sini. Belah sana lagi. Sebaik la kami dapat cuti seminggu. Boleh la berpikir dengan tenang. Yang penting tolak ansur. Ye tak??


Tahun Pertama

Thursday, August 2, 2012

Tahun ni tahun pertama aku bergelar sebagai seorang isteri. Dah hampir 5 bulan aku bergelar sebagai seorang isteri. PJJ plak tu. Banyak benda yang masih belum complete dalam perkahwinan kami. Dan kami berusaha ke arah itu. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

Tahun ni juga tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri. Tapi agak terkilan bila aku tak sempat pun nak berpuasa, berbuka dan bersahur sebagai seorang isteri di sisi suami serta menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada Encik Suami. Tapi Alhamdulillah. Setakat encik suami tak pernah merungut dengan kekurangan ni. Sebab dia tahu, aku tahu dan semua tahu kekangan yang terpaksa kami terima dan kami redha. Semoga ianya hanya sebahagian dari kehidupan yang akan mematangkan kami. 

Tahun ni juga tahun pertama aku berpuasa dalam keadaan aku sedang pregnant. Mula mula tu aku pun risau. Boleh ke nak puasa ni? Ada effect apa apa tak kat baby nanti? Boleh tahan tak aku ni? Banyak jugak aku surf carik pasal orang preggy puasa. Kebanyakannya memilih untuk berpuasa. So aku pun yakin. Aku boleh puasa! Baby pun mesti kuat macam ibu! Allah Maha Mengetahui dan penyanyang. Sudah masuk hari ke 13 aku berpuasa tanpa sebarang masalah. Letih letih tu biasalah. Kelas pack je manjang. Tak cukup ngan kelas pagi, tambah lagi kelas malam dari kul 7 mlm sampai 9.15. Berbuka lah kami kat dalam kelas. Berkorban untuk anak bangsa.

Tahun ni jugak la tahun pertama aku tak beraya dengan famili sendiri. Huaarrgghhhh!! Sebab Encik suami dah cop dulu. Tahun ni raya kampung dia. Katanya  "derhaka tak ikut cakap suami". Oooo. Menggunakan kuasa veto ye. Takpe. Takpe. Raya ke 2 terus balik rumah I tau! Takde excuse! 

Tahun ni jugak tahun pertama aku beraya dengan maternity dress. Mencuba kelainan. Bukan ke tu suatu yang unik? Cuma sempat la jugak beli sepasang baju kurung. Sepasang je lah. kang beli banyak banyak membazir je. Taun depan takleh pakai dah. 

P/S: Semoga tahun depan berat badan saya turun ke paras normal seperti sedia kala. Heeee. 

Timeline Kehidupan

Monday, July 30, 2012

Hai.. 
Pejam celik pejam celik dah hampir 8 bulan aku berada dan berkhidmat di bumi Bera. Tempat yang tak pernah aku bayangkan dan fikirkan. Akhirnya dapat juga aku sesuaikan diri dengan segala bentuk budaya dan kehidupan di sini. Dan sepanjang hampir 8 bulan di sini dah 3 kali aku berpindah mencari rumah yang sesuai dan selamat. Jauh sikit tak kisah lah. Asalkan selesa dengan kawan kawan dan persekitaran. 

Rumah pertama yang aku duduk ialah rumah yg paling dekat dengan sekolah. Rumah tu jugak la yang mak dan ayah aku hantar masa aku mula mula posting dulu. Rumah ok. Rumah teres 2 tingkat. Tile penuh dan sejuk. Tapi yang tak bestnye orang orang kat kawasan tu yang aku rasa agak pelik. Tak selesa di sana. Lama kelamaan kami (aku dan housemate) buat keputusan untuk mencari rumah lain dan berpindah. 

Setelah puas mencari dapat lah kami duduk rumah baru. Tapi tak sampai berapa bulan pun kami duduk, dah buat keputusan nak pindah lagi. Sebab? ada gangguan. Aku malas nak layan lama lama lagi benda tu. Ada je yang ketuk ketuk pintu la, geletek geletek kaki la. Sampai yang last skali ada yang nampak budak duduk atas dia main lompat lompat. Rupa rupanya bila sembang dengan jiran jiran dorang cakap memang ada sebenarnya. Ada yang anak dia selalu cakap or main sorang sorang. Bila ditanya main dengan siapa, jawapnya main dengan kawan ni. Lagi pun aku tengah preggy, orang cakap dia memang lebih suka kacau orang mengandung. 

Last skali, ada kawan offer duduk dengan diorang. Kitorang apa lagi. Terus setuju. Rumah memang besar dan selesa. Dan yang penting fully furnish. Tapi harga dah macam kat KL. Tuan rumah bila dah tau ada orang nak masuk terus naikkan sewa rumah sampai RM 700. Dah takde pilihan lain. Terima je. Harap harap tak lama kat sini. Nak balik duduk ngan hubby kat Terengganu. Insyaallah. Doakan ya. 

Esok ada kelas malam. Dari kul 7 malam sampai 9.15 malam. Pelik kan waktu dia. Terpaksala kami berbuka kat sekolah. 

Semoga anak muridku cemerlang mental dan fizikal. 

Bye!

Amalan Ketika Mengandung

Wednesday, July 18, 2012


Surah Bacaan Ketika Mengandung 

  1. Surah Al-Fatihah  : Untuk terang hati dan kuat ingatan.
  2. Surah Maryam      : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  3. Surah Luqman      : Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
  4. Surah yusuf         : Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
  5. Surah Hujurat       :Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  6. Surah Yaasin        :Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan  yang mengajak kepada maksiat.
  7. Surah At-Taubah   :Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  8. Surah An-Nahl       :Untuk melahir anak yang berdisiplin.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung 

■ Mengamalkan solat wajib dan sunat

■ Mengamalkan zikir

■ Membaca al-Quran

■ Mendengar muzik yang tenang

■ Membaca buku-buku ilmiah

■ Berbual dengan anak dalam kandungan

■ Menjaga adab dan emosi

■ Tidak tertekan atau stress

■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan

■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)

■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya

■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar


IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR 

Negatif
Ibu bapa sering bergaduh   => Anak menjadi ganas dan panas baran
Ibu mengidam benda pelik  => Petanda tidak baik terhadap sikap anak
Ibu bermain kayu tiga        => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat

Positif
Ibu bapa sering bersedekah   => Hati anak lembut
Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah
Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak
Ibu mengawal emosi             => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan

Anda Ada 2 akaun

Wednesday, June 27, 2012

Hampir 2 bulan aku tak guna broadband Maxis. Sebab mana mana pun pergi skang ada wifi. Rumah ada wifi, tempat keje ada wifi. Dan aku pulak skang dah tak sekerap dulu online. Broadband bukan menjadi satu kepentingan skang. 

So, aku dah mengambil keputusan untuk terminate je broadband Maxis tu. Lepas buat payment untuk 2 bulan yang aku tak pakai tu, aku call Maxis untuk buat termination. 

Tapi yang sangat memeranjatkan aku, operator Maxis tu cakap aku ada dua akaun. Persoalannya, bila masanya pulak aku pakai 2 akaun. Bukannya aku ni cop duit nak pakai banyak banyak Broadband. Operator tu cakap aku daftar akaun ni untuk akaun I-Pad yang didaftar pada bulan 3 hari tu. Dengan menahan kesabaran, aku bagi tau yang aku tak pernah teringin dan berminat pun dengan I-Pad dan secara langsung tidak memiliki I-Pad yang ingin aku daftar akaunnya. 

Operator tu terus bagi cara untuk terminat akaun tu dengan membuat police report n terus hantar ke Maxis Centre. Ok. Aku akan buat. Tapi yang pasti aku takkan bayar amount pada akaun yang tak pernah aku buat. Tak pasal pasal je bertambah tambah beban. Entah bila aku nak jejak kaki kat Balai tu. Macam takde keje lain. 

P/s: Ada kawan cakap, dorang ni bila dah ada no i/c kita apa apa je dia boleh buat. 

Renungkan, Hayati dan Fahami

Saturday, June 23, 2012

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang,
Setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
Kerana ia akan terluka akan kenangan bersamamu 
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya 
selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap 
ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluannmu
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya
Janganlah kamu mengaguminya dan janganlah kamu 
menganggapnya begitu istimewa
Anggap dia manusia biasa.
Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan 
bukan mudah bagimu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa
lalu meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir hayat.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
Yang pasti baik untuk dirimu, menyenangkan, berkhasiat,
Mengapa kamu berlengah
cuba mencari makanan yang lain
terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi
Kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu 
dengan seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu, mengasihimu
Mengapa kamu berlengah
cuba membandingkan dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain.
Kamu juga akan menyesal.


P/S: Puisi yang bermakna yang aku terima pada tahun 2004 masa kecik kecik dulu. 

Mencuba untuk Menulis Lagi

Wednesday, June 20, 2012

Assalamualaikum 

Dah lama tak menjenguk belog ni apatah lagi untuk mengupdate belog ni. Bila membelek belek karutan lama, senyum sorang sorang je la aku. Bila tetiba ada member seangkatan yang tetiba menegur "Cikgi, bila nak update belog?" Baru lah aku teringat. "Oh aku ada blog upanya". Hehe. 

Kelu. Tak tau apa yang mahu dibebelkan. Hidup di "bandar besor" ni susah sikit nak mencari idea best untuk ditempek di sini. 

Tapi yang aku tahu sekarang aku sedang mula belajar beralih ke fasa yang baru sebagai isteri kepada Fahmi dan InsyaAllah bakal menjadi ibu. Semoga dipermudahkan segalanya. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk kami. Dan aku juga doakan segalanya yang terbaik untuk kamu semua. 

Aktiviti aku di alam maya skang (aktiviti di alam nyata tak payah cite la kan) hanyalah menjenguk fb, mungkin seminggu sekali akan melayangkan post tertentu, sementara tu membaca sepantas lalu news feed yang muncul pada paparan home di fb. Tapi bila teringat pasal news feed fb yang kadang kadang pening tu aku pon bosan nengoknya. Asik asik post orang yang sama. Asik asik tempek gambor orang yang sama. Rasanya kawan kawan kat fb tu hampir 1k tp macam aku ada 10 orang kawan je. Kalo post yang berpekdah takpe la jugak. Hmm. Last last aku tutup fb. Bukak la belog belog orang pulak. Ni lagi best. boleh jugak aku tengok gambar gambar berkualiti sekurang kurangnya. Ni duk asik tengok orang peluk bunga, tedi ber je. Macam takde keje lain. 

Dan aku jugak mungkin akan jarang menempek gambor gambor kehidupanku lagi walaupun di belog. Sebab? Ntah. Sudah busan agaknya. Asik tempek gambor sendiri je. Macam bajet hot je pulak rasanya. Nantilah. Bila aku rasa hot hot tu aku tempek la sekeping dua. Setakat ni aku hanya akan membebel sesuka hati je. Keh keh keh. 

Ok lah. dah puas bebel dah. pendam pendam ni pon wat sakit jiwa jugak kan. Sebaik ada belog cumil ni. hikhikhik. 

Papai!

Kami Yang Menurut Perintah

Saturday, April 21, 2012

Assalamualaikum

Kembali melawat belog yang hampir pupus ni. Dah nak akhir bulan rupanya. Sedar tak sedar dah masuk bulan ke 4 aku bergelar sebagai pendidik secara rasminya dan yang membuatkan aku setiap malam tidur dengan senyuman ialah  rezeki yang ditunggu tunggu bakal tiba tak lama lagi. Senyum lagi. Ngeeee..

Setelah hampir dua bulan kerja kerja kecerian diberikan maka dengan ini aku mengisytiharkan mural itu sudah siap sepenuhnya! Yeah! Sangat gembira. Dah malas nak ngadap lagi. Lama kan nak siap. Abes asik menangguh kerja je memang la lambat siap. Sebenarnya bukan menangguh. Tak sempat. Ada banyak lagi benda lagi penting yang perlu diselesaikan. So yang ni bila free boleh la buat. Dan kebetulan hari ada cuti ganti, ada gotong royong, so kami siapkanlah. 

ok tak? Ok la tu. 

Dan yang penting ini. Hehe.

Besor besor gitu kami tempek nama kat situ. 

Ingatkan dah setel yang ni aman la hidup. Rupanya dapat lagi kerja baru. Hmm.. Mungkin GB menyukai kerja tangan kami (think positive). Kami ditugaskan buat mural kat toilet pulak. Hadoiiii! Peningggggg! Baunye... Wajib aku suh student tutup rapat rapat pintu lepas guna. Kalo tak memang tak siap la mural tu. 

Lepas ni kitas tengok berapa lama kitorang amik masa untuk siapkan mural yang ke dua ni. GB nak suh kitorang lukis gambar Mickey Mouse kat situ?! haha. Tapi kami tak buat pun. Ingat senang ke? Kami cari gambar yang paling simple yang hanya boleh memakan masa hanya beberapa hari untuk siap. Tapi kalo buat tiap tiap hari la. Takde nye nak buat tiap tiap hari. Banyok lagi kerja lain nak buat. 

K, bai!

P/s: Bosan gilllleeeee duk sini. 

Ayam Penyet Jom!

Monday, March 26, 2012


Salam

Sudah lama tidak meng update entri makan makan kan. Takpe, kali ni saya mau share peristiwa makan pertama kali bersama suami. Ehem ehem. Pertama kali tau. Jangan salah paham... Pertama kali bersama suami. Cuma tukar status. Lebih enak rasa semua makanan bila dah tukar status ni. Hehe. 


Incek Suami saya! 
Semakin montel nampaknya. Kehkehkeh.
Ok. Kali ni kami makan di Restoran Ayam Penyet, Mega Mall, Kuantan. Restoran ni adalah restoran yang berasaskan masakan Jawa dan Minang. Jom godek menu apa yang kami dah ppilih untuk dijadikan santapan pada hari itu. 

Ayam Masak Habang ( Chicken In Red Chili Souce).


Yang ni saya kurang gemar. Aisehh.. Salah pilih la pulak. Rasa dia ala ala  rendang sikit. Sedap tapi tak berapa suka. 
AP Ayam Penyet (Smashed Fried Chichen)


Sambal tu sambal udang sebenarnya. Ssedappp! I like sangat!  Tapi malangnya ni Incek suami punya. Kecek sikiittt!!
Sup Ekor Lembu (Beef Oxtail Soup)

Ni Incek suami punya. Sup dia boleh la tahan. Tapi ekor dia tak suka la. Pelik je rasa. Hihi. 
Bakso Penyet (Frie Beef Ball)

Yang ni pun saya suka. Semua saya suka lah!

Oke Bye! 



Aku Dah Kawen!

Tuesday, March 20, 2012

Salam Readers.

Semakin hari semakin kurang entri yang dihasilkan. *Lap habuk.

Entri ni ialah kesinambungan dari entri aku yang setahun lebih yang lalu iaitu Aku Nak Kawen Tahun 2012. Aku memang buat. Aku percaya, berusaha dan berdoa. Alhamdulillah. Tepat! 

Tapi entri kali ni hanya untuk menyatakan yang aku sudah kahwin!! Yea!!


Majlis Akad Nikah dan Kenduri Kesyukuran kami (Siti Nur Raidah & Ahmad Fahmi). Terima Kasih kepada semua yang telah banyak membantu menjayakan majlis ini terutama Ibu dan ayah. Luv u so much! Ribuan Ucapan terima kasih juga kepada semua sanak saudara, rakan-rakan dan para guru yang telah hadir memeriahkan majlis ini. Tak lupa kepada yang telah mendoakan kami dari jauh. Semoga jodoh ini berpanjangan, direstui dan dan diberkati Allah. 

P/s: Saya nak anak seploh orang! =D 

Fall In Love

Thursday, March 1, 2012


Saya jatuh cinta dengan lagu Ini. Thanks Yuna. 



Wahai Library. Aku Blur.

Monday, February 27, 2012

Salam. 

Di waktu waktu kesibukan ni aku telah mencuri sedikit masa untuk diluangkan di blog yang comel tapi dah berhabuk ku tinggalkan. 

Straight to da pont je lah kan. Malas nak meraban. 

Aku telah di posted kan di sebuah sekolah yang bangunannya baru. Yakni baru pindah. Kecik sekali. Hanya ada 1 kelas untuk setiap tahun. Dan aku telah diberi mandat untuk mengajar BI tahun 3, 4, 5, dan 6. BM tahun 2 dan PJ tahun 3 dan 4. Secara jujurnya subjek PJ aku paling suka sebab aku dah lama tak exercise. So boleh la aku lari lari sama anak anak kecil. 

Selain di beri tugas mengajar, aku jugak diberi tugas sebagai guru perpustakaan atau pusat sumber. Aku kurang gemar sebab bilik tu penuh dengan buku yang berada di dalam kotak kotak takde tempat nak letak sebab takde rak. Entah mana rak lama dari bangunan sekolah yang dulu. Rak baru plak entah mana batang hidung tak sampai sampai. Bilik tu kecik, kosong yang memang dah lama menunggu kedatangan aku untuk menghiasnya. Aku blur masa mula mula GB bagi tugas ni. Ayat yang aku dapat dari GB " awak buat la macam mana pun, susun buku buku dan meja meja ni, hias, kalo boleh buat kata kata hikmah letak pada dinding dan juga buat la mural". Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Walhal dalam hati hanya Tuhan yang tahu. 

Duit kena catu, tapi nak buat macam macam. Ok aku faham. Maybe sekolah ni sekolah kecik so takde duit. Sebab tu la kena berjimat cermat. Takpe, buat je sedaya mungkin. Guna la apa apa pun, recycle je semua. Mana tahu boleh jadi cantik. 

Sekarang aku hanya membayangkan library yang dah siap, kemas, tersusun, lagi ceria. Entah bila nak siap. Maybe dalam masa 2 ke 3 minggu lagi. Amin.

Lapar ni. Nak g makan jap. Pastu nak datang sekolah balik, Nak siapkan library. Hari ni wat mural lak. Tak sabar nak melukis! 
[T__T]


Entri Express!

Tuesday, February 21, 2012

1st entry for this month! Woaahhh! sangat bz! Sape kata jadi cikgu senang? Sape kate jadi cikgu rilek? Sape kata jadi cikgu syiookkk?!! Semuanya dalam angan-angan. Nak tau jadi lah cikgu. Baru tau apa rasanya. Bai!

Ada kerja! Ada kerja!

Entry Terlaris di Pasaran

Tuesday, January 31, 2012

Salam.

Hari ni rasanya agak agak dah 1 tahun 2 bulan umur blog ni. Tak sangka rupanya belog ni masih bernyawa. Alhamdulillah. Maknanya dah banyak jugak la entri yang aku dah karutkan. Best jugak mengarut ni rupanya. Dan disebabkan karutan ini jugalah aku dapat lebih 600 kawan di blogspot ni. Thanks sebab sudi jadi my follower. 

Tadi aku godek godek la statistic belog ni. Tengok entri mana paling laku sepanjang setahun lebih blog ni beroperasi. 

 statistic 


Kata kunci berkenaan Pompei memang tak pernah hilang dari ejen carian. Aku sebenarnya bukan menulis secara detail berkenaan Pompei tersebut. Tetapi hanya merumus sebab dan kesan dari peristiwa yang telah berlaku. Kisah ni pun aku dapat dari adik aku yang sekarang ada kat Matrik Penang. So, aku cedok la dari cerita yang diberitahu dan buat satu entri pengajaran kat blog ni. Mungkin para pembaca hanya ingin mengetahui sejarah sebenar di sebalik Peristiwa Pompei tersebut. 

Entri Naib Juara: Sijil SPM Hilang!

Entri ni tercetus dari kisah benar yang memang aku alami sendiri. Aku memang kehilangan Sijil Asal SPM yang aku sayangi. Dan sejak dari itu, aku mengalami masalah bila nak apply sesuatu termasuklah kerja dan sambung belajar. Tapi ianya berakhir bila aku mendapat kembali salinan Sijil SPM tersebut apabila aku ke Putrajaya dalam keadaan yang sangat desperate. Masa tu aku nak sambung belajar. Alhamdulillah. Usaha itu membuahkan hasil dan sekarang aku berjaya mendapatkan kerja yang aku inginkan. 

Entri ni menjadi salah satu entri yang laris di sini berkebarangkalian tinggi ramai di antara rakyat Malaysia yang senasib seperti aku; kehilangan sijil SPM. Careless sungguh rupanya rakyat Malaysia ni.  

Entri di tempat ke Tiga: Akhirnya Penantian Itu Terjawab  

Aku pun tak tahu kenapa entri ni menjadi antara entri yang popular di blog ni. Mungkin ramai yang tertarik pada gambar yang dah aku tempek kat entri tersebut. 

Okeh. Yang lain korang tengok dan kaji la sendiri ya. Mau bersenang senang sebentar. Heh. 

Papai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!