Renungkan, Hayati dan Fahami

Saturday, June 23, 2012

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang,
Setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
Kerana ia akan terluka akan kenangan bersamamu 
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya 
selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap 
ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluannmu
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya
Janganlah kamu mengaguminya dan janganlah kamu 
menganggapnya begitu istimewa
Anggap dia manusia biasa.
Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan 
bukan mudah bagimu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa
lalu meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir hayat.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
Yang pasti baik untuk dirimu, menyenangkan, berkhasiat,
Mengapa kamu berlengah
cuba mencari makanan yang lain
terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi
Kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu 
dengan seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu, mengasihimu
Mengapa kamu berlengah
cuba membandingkan dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain.
Kamu juga akan menyesal.


P/S: Puisi yang bermakna yang aku terima pada tahun 2004 masa kecik kecik dulu. 

3 comments:

Anok Pok Mat Kapok on June 24, 2012 at 8:50 AM said...

penuh dgn maksud tersirat =)

IeDa on June 25, 2012 at 11:31 AM said...

Khas untuk Cik PA. haha

Outbound training malang on July 2, 2012 at 9:57 AM said...

kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!