EPO ku Sayang

Sunday, May 15, 2011

Baru 4 muka surat study dah mula lah ke hulu ke hilir cari pasal. Bosan weh.

 Tetiba ternampak botol Evening Primrose Oil (EPO) kat atas meja. Rasa nak berkongsi lak tentang benda neh.

Evening Primrose Oil

Mesti ramai yang dah tahu pasal EPO neh. Dan mungkin masih ramai yang tak tahu. Macam aku jugak yang baru berjinak jinak dengan EPO sebulan yang lalu. 

Mula mula dengar perkataan or huruf 'E.P.O' melalui rakan sekelas. Ntah apa benda la tuh. Time tu tak rasa apa pon. Tapi makin lama, makin kedengaran pulak pasal kebaikan dan kehebatannya. Mula la harganya aku usha. Boleh tahan jugak. Lebih kurang RM 40- RM 60. 

Guardian aku pilih. Cari dan jumpa, kebetulan ada promosi. Terus aku capai dan aku dapat harga RM 35 untuk satu botol then apa lagi terus aku sambar 2 botol. 

Bermulalah kehidupan aku sebagai pengguna EPO. Kadang kadang aku telan sebiji, 2 biji or mungkin complete iaitu 3 biji. Mana dan. Dah 3 minggu, aku mula perasan ada banyak perubahan terutamanya pada kulit. Bahagian kulit yang kering atau menggelupas, semuanya dah baik, lembab dan yang paling aku suka tak payah nak pakai losyen dah. Dah la aku paling malas pakai losyen. "belengah skali". Kata orang Terengganu. 

So, sape sape yang nak try boleh la cari. ada banyak brand dan juga ada beberapa saiz. Selain untuk kulit, ada banyak lagi kelebihan EPO dan yang paling penting sangat baik untuk wanita. 

Kalau nak tau, google la sendiri yek!

Papai!

2 comments:

Hans Hanis on May 15, 2011 at 6:01 PM said...

wah
1st time
aku nak beli lah cam nih
lembabkan kulit kan?

Blog Rollo De Pelicula

IeDa on May 15, 2011 at 6:11 PM said...

yup! sila2.. lembab lagi lembut.. :) hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!