Dulu VS Sekarang

Sunday, May 15, 2011

Bila ditinjau tinjau, banyak perbezaan antara pelajar dulu dengan pelajar sekarang. Tak kira dari segi perangai, tingkahlaku, pemikiran atau segalanya. Senang guna contoh pelajar dulu (aku), pelajar sekarang (adik aku).

Dulu pegi sekolah aku bawak 50 sen je. Mak dah sediakan bekal sama ada nasi goreng, mi goreng tak pun special sikit, nasi lemak dengan air masak or air teh. Duit 50 sen tu aku guna beli keropok 5 batang. Habis. Tak pun kalau baik hati, aku bawak balik 10 sen atau 20 sen untuk tabungan. 

Sekarang aku tengok adik adik aku semua mewah mewah. Bawak duit RM2. Agaknya bila minyak dah naik harga semua barang jadi naik. RM2 tu kira sikit la tu. Anak sepupu aku, sekolah rendah, bapak dia bagi RM10 sehari. Aku makan pun RM5-RM7 sehari. Kira banyak la tuh. Terlalu memanjakan sangat anak. Mau tak gemok.

Dulu, komputer bagi aku sangat asing. Nak pegang keyboard pun tak tahu. Takut meletup pulak kalau salah tekan. Naik sekolah menengah masuk bilik komputer adalah saat saat yang paling aku tunggu. Teruja sangat bila dapat sentuh kekunci kekunci nya. Bila dah pandai, mula lah chatting je keje. Buang masa betol. 

Tapi sekarang kat rumah dah ada sorang satu laptop. Komputer pun dah tak pandang. Siap sekolah bagi percuma lagi kat student. Untungnya pelajar zaman sekarang. Semuanya di hujung jari.  Mula la sorang duk hujung sana, sorang lagi duk dalam bilik, lagi sorang duk ruang tamu, yang lain ntah duk ceruk mana. Tapi yang aku tengok banyak yang guna untuk game dan bersosial je. Itu ke tujuannya? 

Dulu, tak menjadi kesalahan bagi guru mendenda atau memukul untuk tujuan mendidik murid-muridnya. Takde pun yang mati rasanya. Sebab tu dulu aku takut sangat nak buat nakal. Semua kerja rumah complete. Hormat cikgu. Pelajaran pun apa kurangnya. Mak dan ayah pun tak kisah kalau kena denda ngan cikgu. Sebab fikir cikgu denda mesti anaknya ada buat salah.

Tapi sekarang menyentuh pelajar pun menjadi kesalahan. Paling teruk, pelajar pra sekolah pun boleh cakap, " Saya sue cikgu kalau cikgu sentuh saya!" Hebat kan? Ni la jadinya bila tahap pemikiran individu telah meningkat. Cikgu pulak takut ngan pelajar. Semuanya kena hati hati. Tak boleh salah cakap. Tak boleh salah tindakan. Tak boleh salah apa apa pun! Pandangan pun kena betul tau!


Dulu cikgu cakap apa pun betul. Semuanya diterima dengan seluas luasnya. Takde nak bantah bantah langsung. Apa apa pun cikgu lah.


Tapi sekarang.. Hmm.. Macam macam songeh yang kau bagi wahai student. Cikgu pulak yang kena dengar cakap kamu semua. Apa la nasib cikgu.


Ingat senang ke jadi cikgu. Berjuta mata memandang. Para pelajar, parents, masyarakat, dan negara. Pelajar ponteng, salah cikgu, pelajar tak jadi orang pun salah cikgu. 


Walau apa pun, semoga menjadi warga pendidik yang cekal!


Selamat Hari Guru cikgu cikgu sekalian. Terutamanya, cikgu yang pernah mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Padang Pulut, SMKA Sheikh Abdul Malek, Kolej Mara Kuala Nerang dan Lecturers COLGIS, UUM. Jasamu ku kenang sehingga ke akhir hayat.


Cikgu! Terima Kasih atas segala ilmu dan didikan cikgu! 

5 comments:

Scya Lollita on May 16, 2011 at 1:15 PM said...

BUDAK2 ZAMAN SKUNK HEBAT2 SBB CIKGU MAKIN HEBAT :D

IeDa on May 16, 2011 at 2:11 PM said...

yup, seiring perubahan.. =)

asfz lily on May 16, 2011 at 6:57 PM said...

taw xpee..sangat berbeza dulu dgn sekarang..rindu sgt time p skolah bawak bekal..pastu share2 ngn kawan2..haha..mcm2 makanan dpt makan..free plak tu..kui3x

Sasa Al-Sharif on May 16, 2011 at 7:40 PM said...

ada cikgu dtg sekolah dgn pesyen rambut kpop. dulu ada? haha

IeDa on May 16, 2011 at 7:46 PM said...

@asfz lily: best kn! hehe...

@sasa A-Sharif: ada jugak ke gaya mcm tu? apa pekdah nye? coba bg tau ckit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!