Program Penyembelihan berjalan dengan lancar hari ni. Semua orang diberi peluang rasa untuk sembelih ayam sendiri. Tapi confirm! semua cabut lari.
Rasional: Untuk bagi pengalaman kepada guru pelatih yang mungkin akan ditempatkan di kawasan pedalaman yang takde ayam yang disahkan halal sembelihannya.
Then, muncullah heroin heroin yang cantik berani menyembelih ayam ayam tu.
Aku? Aku pegang je. Tu pun kira ok ape. Jom usha gambar sikit.
Ni Cikgu Bakar dah amik alih sebab tukang sembelih asal tak mampu nak menamatkan riwayat ayam tu. Dia pegang je pisau terus Parkinson.
Sebelum tu. Cuba tengok background kat belakang tu. Rupa sorang sorang dah macam tengok aksi pembunuhan ngeri je. Hakhak.
Dah siap sembelih semua, mula lah aktiviti memasak.
Tapi yang aku tertarik ialah menu masakan ala Timur Tengah.
Main campak je semua. Tapi periuk dia kena canggih tau. Periuk tekanan tinggi. Sebab masak cara ni kena lama. Hampir satu jam. Confirm ayam empuk. Semua rasa meresap ke dalam.
Kalau nak cuba guna periuk biasa pun boleh. Tapi rasanya tak seindah yang asal la.
Nak resepi tak? Mesti la nak kan.
Ni dia!
Ayam, minyak zaitun, Bawang besar, bawang putih, tomato yang dikisar, kentang, carot, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk kunyit, garam, serbuk ketumbar, daun ketumbar dan kiub ayam.
Aktiviti memasak sedang dijalankan
1. Masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih, tomato.
2. Masukkan ayam, bawang besar, serbuk serbuk dan garam.
3. Masukkan carrot, kentang, daun ketumbar dan kiub ayam.
4. Tutup periuk dan tunggu sehingga masak ( lebih kurang 1 jam).
Hasil campuran semua bahan-bahan
Siap, boleh la di makan sesuka hati. Tapi di negara Arab sana, diorang makan lauk ni dengan roti. Kalau kita, nak makan dengan apa pun boleh. Ikut ke kreatifan anda. ^__^
Rasa dia sedap. Ada masam, masin, lemak manis.
Pic hidangan tak sempat snap. Semua dah kena ngap! Tak cukup!
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment