Kelebihan Surah Yaasin

Thursday, November 25, 2010



Ramai yang masih tak tau atau lupa bahawa Surah Yaasin memberi pelbagai kelebihan atau fadhilat yang tersendiri kepada yang membacanya.. lebih-lebih lagi kepada yang rajin membacanya.. okeh! ni la antara kelebihan Surah Yaasin.. Semoga kita semua dapat menambah ilmu dan amal ya!

  1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5.  Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8.  Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9.  Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10.  Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
  12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
  15. Jika surah Yaasin di baca pada setiap malam dan kemudiannya dia meninggal dunia , dia akan mati sebagai mati syahid.
  16. barang siapa membacanya kerana kehilangan binatang akan mendapatkannya semula.
  17. Jika dibaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan bagi bayinya.
so, sama-sama la kita membacanya.. Selamat Bramal! =)


1 comments:

IeDa on November 25, 2010 at 11:08 PM said...

w'salam..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!