Kembali kepada Allah...

Tuesday, November 9, 2010

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
" Sesungguhnya seorang hamba yang melakukan sesuatu kesalahan maka akan digoreskan dalam hatinya satu titik hitam, apabila dia menarik diri dari maksiat dan terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah hatinya akan kembali bersih.
Tetapi, apabila dia melakukan kesalahan lagi maka titik hitam itu akan bertambah ...

Setiap manusia di atas muka tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dalam hidupnya kerana tiada siapa pun yang sempurna. Walau sehebat mana manusia itu dan walau setinggi mana ilmunya, sekecil kesilapan mesti wujud.  Tetapi selepas menyedari akan kesalahan yang dilakukan hendaklah mereka kembali kepada Allah. Sekali terpesong jangan selamanya membiarkan diri hanyut. Tahu apa yang salah, dan juga tahu apa yang betul. Tetapi kadang-kadang kita lupa dan kerana itulah manusia memerlukan "tazkirah" atau "peringatan". Sesungguhnya manusia itu bersifat pelupa. 


‎"Jika terlanjur melakukan dosa, maka yang demikian itu jangan sampai menyebabkan patah hatimu untuk mendapatkan istiqamah kepada Allah, sebab kemungkinan yang demikian itu sebagai dosa yang terakhir yang telah ditakdirkan bagimu"... (Hikam) From: Sakinah Halmi Facebook.


Jangan sombong.. dan yang paling buruk perangai, "bodoh sombong".
Memberi dan menerima.
saling melengkapi.
=)


Semoga itu adalah dosa terakhirku.. InsyaAllah..  Amin..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

..:RasaHati:.. Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!