Assalamualaikum
Setelah seminggu meninggalkan belog kiyut miyut ni, aku kembali menulis tentang kisah kisah hidup suka dan duka di sini. Hampir seminggu jugak aku di Sabah. Pengalaman yang sangat bermakna yang mungkin aku takkan dapat rasakan lagi lepas ni.
Pada mulanya aku sangat berat hati nak join program ni. Sebab? Dah la pergi masa cuti sem. Tak boleh balik jumpa mak. Sedih wooo.. Lagi satu fikir pasal duit lagi. Banyak sangat nak pakai duit untuk beberapa bulan ni. Kumpul duit tu nak join program ni. Tapi setelah dipaksa oleh Dr. Kamarudin, kami semua yang nak pergi ke taknak ke, semua wajib join! Kena paksa beb.
So, bermulalah pengembaraan kami. Tapi bila harinya tiba aku pulak tetiba jadi excited tak pasal. Mula tanak join. Tak malu. Bila tengok sume kawan kawan, lectures hepi, aku pun jadi bersemangat balik.
Bebel punya bebel aku tak cakap pun lagi program apa kan. Ni ha tajuknya. Sila la hadap.
" Program Pembandingan P&P ke IPG Kampus Tawau dan Peningkatan Motivasi Kualiti Guru KPLI dan Pendidik Guru di Sekolah-sekolah Daerah Tawau dan Sekolah Pulau, Semporna, Sabah 2011"
Panjangkan? Hebatkan? Ya. Aku akui. Pelaksanannya memang segah tajuk. Tabek ah Dr.K!
Skang jum tinjau gambar gambar pengembaraan kami. Gambarnya beribu tapi tak laratla nak upload semua kan. Sikit sikit sudah. Hehe.
Berkampung di LCCT dari kul 2 sampai kul 6.30 |
Di IPG Tawau |
Tiba tiba lak hujan. Hujan rahmat mungkin. |
Terror sungguh si cilik ni "speaking". Berabuk. Kagum aku. |
Sesekali snap pic budak comel pon ok. |
Meninggalkan jejak kaki di SK Balung |
Sebelum tinjauan dimulakan |
Kami sudah mahu ke Pulau! |
Permainan kanak kanak pulau |
Bersama salah seorang pelajar di SK Mabul |
Bersama pelajar pelajar pra sekolah SK Mabul |
Dr. K menerima cendera mata dari GB SK Mabul |
Salah sebuah bangunan sekolah yang usang P/S: entry tak tamat sepenuhnya disebabkan broadband dah exceeded limit. Sedikit lembab. Haih. Mau pegi Sabah lagi. Sapa nak bawak? Hehe |
0 comments:
Post a Comment